Wednesday, July 14, 2010

Minatku akhir-akhir ini...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Ya...bola sepak piala dunia telah pun tamat dan kita semua sudah sedia maklum bahawa juaranya adalah buat pertama kali menjejakkan kaki ke perlawanan akhir dan terus memenangi piala yang diidamkan seluruh dunia iaitu world cup atau dalam bahasa melayunya; piala dunia. Disebabkan hamba pernah belajar bahasa sepanyol, maka hamba berpuas hati dengan keputusan piala dunia kali ini, viva españa yang bermaksud "hidup sepanyol". Agaknya la. Tapi hamba bukan nak bercerita atau memberi ulasan apa-apa tentang piala dunia dalam entri ini, tapi akan cuba hamba lakukan nanti. Kali ini hamba ingin berkongsi tentang kecenderungan hamba sejak akhir-akhir ini, iaitu membeli album bukan album gambar, yang album lagulah. Lagu-lagu yang hamba sertakan ini hanyalah preview semata-mata. Hamba sendiri yang memotong lagu-lagu berkenaan. Kalau hendak dengar sepenuhnya, belilah yang original, ya? Dan semua gambar yang ada adalah milik hamba sepenuhnya. Hamba sendiri yang scan gambar yang ada di bawah.

Latest album: Magika Original Soundtrack

Hamba baru beli beberapa jam tadi. Sebenarnya, tujuan hamba membeli album ini adalah kerana ada lagu KRU yang baru di situ walaupun tak terlalu panjang durasinya. KRU sudah terlalu lama tidak mengeluarkan lagu-lagu baru. Album terbaru mereka pun hanyalah album kompilasi dengan satu lagu baru, itupun hanya Yusry sahaja yang menyanyi. Tapi okeylah juga, cuma tak terlalu menangkap telinga. Antara lagu lain seperti yang selalu keudara di radio, lagu "penyembuh rindu". Tapi untuk lagu preview ini, hamba hanya sertakan lagu KRU itu, yang bertajuk: "Kita Bersaudara".



2nd Album: Maher Zain - Thank You Allah


Sepertimana yang sedia maklum, hamba sangat teruja untuk mendapatkan album ini. Sehingga hamba meminta tolong classmate masa di sekolah dahulu untuk mencari album Maher Zain di UK kerana ketika itu, album tersebut belum berada dalam pasaran Malaysia. Syukur kerana inteam record dapat mengedarkan album ini di Malaysia. Ia sangat berbaloi kerana walaupun hamba sudah pun mendengar lagu-lagu dalam album ini sebelum ini, tapi track pertama album ini, "Always be there" ada sedikit lain daripada yang biasa hamba dengar di internet. Jadi sangat berbaloi. Hamba beri preview sedikit lagu tersebut, harap-harap sesiapa yang pernah mendengar lagu tersebut dapat mencari di mana sedikit perubahan berbanding versi yang biasa kita dengar. bercakap tentang versi, untuk pengetahuan, lagu InsyaAllah, ada beberapa versi, versi inggeris, yang biasa kita dengar, versi arab, versi perancis dan versi turki.



3rd Album: Nur Muhammad

Ini adalah album pertama kumpulan UNIC yang telah menukar nama meraka kepada "Unique". Lagipun, hamba ada terdengar sekali lagu dari album ini di nasyid fm. Radio online yang juga anda-anda semua boleh mendengar dari blog infinitesane ini. Ada diatas sana. Klik sahaja "play". Lagu-lagunya memang menarik belaka. Hamba beri dengar preview dari track pertama, yang bertajuk "Nur Muhammad". Walaupun dengarnya seperti dari mula sehingga habis, tapi percayalah, hamba dah potong lagu itu sangat banyak. Kalau nak dengar lagu ini dengan durasi yang penuh, dapatkan album ini yang original.



4th Album: Raihan - Musafir Perjuangan


Album ini hamba tak sediakan preview. Mini album ini tidak ada lagu baru. Semuanya lagu nasyid klasik. Contohnya lagu "musafir kelana", hamba rasa hamba pernah nyanyi lagu tersebut semasa di sekolah rendah lagi. Senarai lagunya bolehlah anda semua lihat di kulit belakang album tersebut. Klik sahaja gambar untuk dibesarkan.

5th Album: Permata Hijjaz 1431


Sebenarnya ini adalah album yang cukup bersejarah kerana album ini adalah album pertama hamba beli bukan di kedai muzik ataupun kedai biasa kerana hamba membeli album ini melalui E-Bazaar NasyidFM. Dan, dengan setiap pembelian melalui NasyidFM, anda akan mendapat poster percuma yang tidak akan didapati dengan pembelian melalui kedai-kedai biasa(gambar di bawah gambar kulit album ini). Hamba sediakan tiga preview lagu dari album ini:

Syukur Pada-Mu:


Embun Hidayah:


Iman Islam Ihsan:


6th Album: Terunggul Sudirman (CD & VCD)




Ini adalah pelaburan terbesar hamba dalam membeli album. Manakan tidak, dalam CD "Terunggul Sudirman", ada sangat banyak lagu-lagu yang tak pernah hamba dengar ada di situ tapi hamba pernah nampak tajuk lagu ini di internet. Lihat sahaja di kulit belakang CD tersebut(Klik Untuk besarkan). Harga CD (4 CD) ialah lebih kurang RM50(bukan harga sebenar) dan VCD lebih kurang RM20 (bukan harga sebenar). Preview yang hamba sediakan ialah lagu "Twinkle-twinkle little star".



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League