Monday, June 21, 2010

Majlis Perkahwinan Abangku, Muhamad Nahar Bin Mohammad Nasir

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Kali ini hamba menggunakan tulisan rumi kerana orang ramai belum biasa membaca jawi. Malah ada komputer yang gagal membaca tulisan jawi. Hamba tak katakan yang ejaan jawi hamba betul, tapi sekurang-kurangnya hamba mencuba bukan? Lagipun kalau ada yang salah, betulkanlah. Berbalik kepada tajuk entri ini, hamba ingin melaporkan apa yang terjadi kepada hamba apabila pulang ke klang untuk menghadiri majlis perkahwinan abang hamba, Muhamad Nahar Bin Mohammad Nasir. Laporan ada di bawah. Sila klik "Baca Lagi>>" untuk mengetahui lebih lanjut. Macam biasa, gambar boleh dibesarkan dengan mengklik pada gambar tersebut. Ia akan dibuka di tab baru atau window baru. Video dibawah telah di"convert" menjadi saiz lebih kecil, video asal berkualiti tinggi.

Hari Khamis:
Pagi naik bas, tengahari tiba di Klang Sentral. Setibanya di rumah, terus diarah membersihkan kipas. Rumah mula berserabut. Bukan bersepah, cuma penuh. Seperti di gambar.
Malam tolong selesaikan "giveaway".
Tidur di bilik tengah, katil atas. Katil atas dah boleh digunakan. Dah tak jadi stor lagi.

Hari Jumaat:
Bangun pagi Acik Din, Acik Seri (sebutan: "say ree") dan rombongannya datang lawat. Tolonglah sekali pasang kerusi dan meja.
Tengahari pergi beli barang sikit di Shah Alam. Lepas itu, kakak kepada kakak ipar tiba di Shah Alam, abang Nahar tunjuk jalan ke rumahnya. Sampai rumah pukul 1:50 pm. Jumaat terlepas. Lepas solat Zohor, tertidur kerana kecewa. Bangun dah petang, lebih kurang 5:30 ke 6:00 macam itu. Selesai mengerjakan solat Asar, pergi berjumpa dengan wak "pahang" yang dah tiba. Dengan separuh mamai, wak "pahang" terus menghulur gurauan kasarnya. Hamba yang berjiwa sensitif ini terus malas nak ambil pusing terus berundur diri. Lepas itu hamba tak ingat apa yang hamba buat. Lepas itu, hamba tolong alihkan khemah yang paman emi bawa ke rumah acik Aziz, jiran sebelah rumah.
Lepas itu, pelamin sampai dan hamba tolong tengok sahaja. Malam ada majlis tahlil. Hamba jadi tukang cuci pinggan.
Malam itu tidur di ruang tamu kerana ada kakak dan rakannya.

Hari Sabtu:
Pagi "main event", tolong siapkan "ornament" dan sebagainya.
Kira persiapan terakhir di pagi tersebut (Gambar hamba tiada kerana hamba yang menangkap gambar dan merakam video). Ada video disediakan. Lihat sahaja bilik belakang itu, di video ke dua, penuh dengan "giveaway".



Katering dan Karaoke telah tiba dan bersiap juga. Abah siap antara yang terawal dengan berpakaian baju batik, bukan baju betik ya? Hamba dan pengantin lambat sikit siap.
Sesudah bersiap dan menunggu pengantin disiapkan, hamba pun jadilah pengapit. Mula-mula rasa kekok, tapi tiada apa-apa selepas itu.
(Turut ada dalam gambar: Danuri bin Sakijan (Paman Nok) dan Nur Farhanah binti Mohammad Nasir)
Hamba nyanyi 3 lagu di majlis tersebut, Nilai cintamu dan pelangi petang dari Sudirman serta Hanya engkau yang mampu dari Aizat. Kak Jue condemn kenapa nyanyi lagu sedih saja? Acik Aziz asyik suruh nyanyi lagu nasyid, Acik Ana nak dengar hamba nyanyi lagu Jepun. Malangnya request mereka hamba tak tunaikan. Ramai juga orang datang, hari tersebut juga baik dan tidak hujan. Petang itu hamba kepenatan. Selepas solat Asar, terus hamba tertidur (ini tak baik tau!). Malam itu Acik Ana datang bawa kek secret recipe sebiji besar.
Jepun kalah kepada belanda pada malam itu. Nasib baik ada secret recipe. Mula mengemas sedikit. Terlalu banyak lebihan "giveaway" yang tinggal. Kakak Salbiah pulang malam itu juga, makanya hamba tidur di bilik tengah.

Hari Ahad:
Hari hamba untuk pulang ke Parit Raja. Pagi itu mak dan abah serta abang nahar dan kak jue kira wang dapatan dari sumbangan tetamu yang hadir. Gambar ada, tapi tak boleh disertakan. Namun begitu, pada pagi itu juga, hamba kena tolong kemas barangan bawah khemah kerana lori khemah tak dapat datang kerana hanya boleh datang pada hari Isnin (hari ini) jadi, barangan bawah khemah perlu dikemas dan dibawa masuk ke rumah. Takut-takut ada orang nak curi pula nanti. Penat memang penat. Tapi seronok jugalah bagi hamba yang ego tinggi dan tak berperasaan ini. Rasanya itu sahajalah laporan hamba kali ini.

Akhir sekali, sebagai ucapan, selamat pengantin baru kepada Abang Nahar dan Kak Jue. Semoga sentiasa teguh melayari bahtera perkahwinan. Lagipun, orang yang dah kahwin ni kalau solat khusyuk dia lebih sikit. Itu sahaja ucapan hamba.

Jumpa lagi.

P/S: Hamba sebenarnya dalam dilema. Sebenarnya dah lama dah dilema ini bermain di fikiran hamba. Sama ada nak salam atau tidak. Hamba pernah dengar, hatta makcik kita yang kita tak bernafsu pun sudah dikira bukan muhrim, apatah lagi saudara mara mahupun kakak ipar. Jadi hamba was-was mengenai perkara ini. Biasanya kalau orang itu hulur dahulu baru akan hamba sambut, tapi kalau tidak hamba akan menganggukkan kepala sahaja. Siapa-siapa boleh jelaskan perkara ini?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League