Monday, April 26, 2010

Infinitesane Subbing: Spongebob

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sudah 20 hari hamba tak membuat apa-apa entri baru dalam blog ini. Agaknya sudah hilang mood menulis agaknya. Namun begitu, entri ini adalah untuk anda semua menikmati video subbing hamba, Infinitesane Subbing yang tak dapat diupload di youtube. Kali ini hamba membuat subtitle untuk spongebob episod "Not Normal(Tak Normal)" Harapnya adalah yang hendak download ya? Ada 2 versi video ini. Unrated dan Rated. Yang me"rating"kan hamba sendirilah. Kerana Unrated version tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak pada pendapat hamba. Tapi sikit sahaja yang hamba potong. Terpulanglah anda nak download Unrated atau Rated atau kedua-duanya sekali. Ia bagus untuk anak-anak yang ingin mempelajari Bahasa Inggeris. Hamba kurang minat dengan rancangan Bahasa Inggeris yang dialih bahasa kerana dengan adanya subtitle, di samping belajar Bahasa Inggeris, mereka boleh belajar membaca juga. Tapi hamba akui tatabahasa dalam subtitle hamba taklah betul sangat pun. Sinopsis dan download link ada kalau anda klik baca lagi...


Sinopsis:
Squidward mula menyampah dengan perangai pelik Spongebob seharian. Lalu Spongebob mengambil keputusan menjadi "Normal". Namun, banyak natijahnya kesan dari keputusannya.


Download Link:
Unrated (134MB): Part 1 Part 2
Rated (131MB): Part 1 Part 2

Combine using 7zip. Once you've install, right-click on the .oo1 file and choose "extract here"

P/s: Apakah "Normal" bagi anda?
pp/s: Klip video terpanjang setakat ini. Memakan masa 10 1/2 jam untuk menyiapkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League