Friday, August 14, 2009

Condolence...Takziah...

Ustaz Asri is in the middle
Assalamualaikum and greetings every body. Today I'm in my home, H1N1 holiday. Yesterday, I was shocked by night news on TV3. Ustaz Asri, lead vocalist of Rabbani has passed away. To be honest, I'm not listening many of Rabbani song, I always listen to Raihan, Mirwana, UNIC or Inteam song. But I still know a few of their popular song. And I really admire Ustaz Asri voice. It's a beautiful gift from our creator to HIS creation. In my experience, I was almost nearly met him in person. The story is:
CLICK READ MORE... Bahasa Melayu macam biasa, ada di bawah...

It is a long wait for me to get a new set of percussion from my school management for my nasyeed group, it took a few year for the application to be approved. The Wind Orchestra have already get a new instrument. The old percussion had broken and not in a good condition. For example, the bongo's had been torn. I have been told about the news a few days before the percussion really arriving at my school. But at that time, I have no idea when it will come to my school. So, one day, I have an event to attend, (not sure whether it is a singing competition or a solo performance but it is got nothing to do with my group). At that night, after I come back to my school, my group mate ask me to follow him to go to the hall. I just follow him. When It get closer to the hall, I hear something that I've never heard in my school before, it is a WIND CHIME!!! I then run to the hall and notice there are the rest of my group mate with a new set of percussion. I was really happy and exited at that time. I was told that the percussion is for the upcoming competition, and also used for the Wind Orchestra. I don't mind about that, what is important, a new percussion had arrived. KITA!!! Then my group mate asked me

"Tahu tak siapa hantar percussion ni? (Do you know who is sending this percussion?)"
"Tak tahu, siapa? (I don't know, who is it?)" I asked back.
"Ustaz Asri tu... (It's Ustaz Asri...)" He told me with his excited intonation.

I somehow regret to go to the event, but I accept it. After that, whenever there is someone not playing it properly, (for example, hit it too hard) I will scolded them, sorry to whoever had been scolded by me, or sometime, I just told them to play properly. Now, I wonder about the percussion condition. My junior never contact me these day.

As a conclusion, I still got a history with him even though not met him personally. And there is a story within it.

Lastly, Al-Fatihah to Him

p/s: Still missing my school. Many famous people passed away recently

Versi Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini, saya sedang berada di rumah, cuti H1N1. Semalam, saya dikejutkan oleh berita malam di TV3. Ustaz Asri, penyanyi utama kumpulan Rabbani telah meninggal dunia. Sejujurnya, saya tak banyak mendengar lagu-lagu Rabbani, saya selalu mendengar lagu-lagu Raihan, Mirwana, UNIC atau Inteam. Tapi saya tetap mengetahui beberapa lagu popular mereka. Saya juga sangat meminati suara Ustaz Asri. Ia adalah suatu pemberian indah dari pencipta kepada ciptaannya. Pada pengalaman saya, saya hampir sangat dapat berjumpa dengan dia suatu masa dulu. Ceritanya adalah seperti berikut:

Penantian itu adalah satu penantian yang sangat lama untuk mendapatkan set baru perkusi dari pihak pengurusan sekolah. Ia memakan masa beberapa tahun untuk permohonan itu diluluskan. Pasukan Wind Orchestra telah pun mendapat instrument baru. Alat perkusi yang lama telah banyak rosak dan berkeadaan tidak baik. Contohnya, bongo sudah koyak dan berlubang. Saya diberitahu tentang berita tersebut beberapa hari sebelum set perkusi itu tiba di sekolah. Tapi ketika itu, saya tidak tahu bila alatan tersebut tiba ke sekolah saya. Suatu hari, saya ada satu acara di luar sekolah, (tak ingat samada pertandingan nyanyian atau persembahan solo, tapi tidak berkaitan dengan ahli kumpulan saya). Malam itu, selepas saya tiba di sekolah, rakan saya, (ahli kumpulan saya) mengajak saya untuk mengikutnya ke dewan. Saya hanya menurutnya. Bila sahaja saya menghampiri dewan, saya terdengar sesuatu yang belum pernah saya dengar di sekolah sebelum ini, WIND CHIME!!! Terus sahaja saya bergegas ke dewan, di sana ahli kumpulan yang lain telah pun berada di situ bersama dengan set perkusi yang baru. Betapa gembira dan terujanya saya ketika itu hanya tuhan yang tahu. Saya diberitahu yang alatan tersebut adalah untuk pertandingan akan datang dan juga akan digunakan untuk Wind Orchestra. Saya tak kisah pun mengenainya, yang penting, perkusi baru telah pun tiba. KITA!!! Selepas itu, rakan saya bertanyakan saya

"Tahu tak siapa hantar percussion ni?"
"Tak tahu, siapa?" Saya bertanya kembali.
"Ustaz Asri tu..." Dengan nada teruja dia memberitahu saya.

Kadang kala terasa menyesal pula pergi ke acara tersebut, tapi saya menerima takdir itu dengan redha. Selepas itu, sesiapa sahaja yang bermain alatan tersebut dengan kasar, saya akan memarahi mereka, maaflah kepada sesiapa yang pernah dimarahi saya, atau kadang kala saya hanya menegurnya supaya bermain dengan elok-elok. Agak-agaknya, bagaimanalah keadaan alatan perkusi tersebut. Budak junior saya pun dah tak pernah menghubungi baru-baru ini.

Sebagai kesimpulannya, saya ada sebenarnya sejarah dengannya walaupun secara tidak langsung. Dan ada cerita di sebaliknya.

Akhir sekali, Al-Fatihah buat arwah.

p/s: Masih merindui sekolah saya. Banyak pula orang terkenal meninggal dunia baru-baru ini.

Not the actual picture

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League