Assalamualaikum and very good day to everybody. In a few hour, my country will celebrate 52 independent day. I write this spontaneously. I mean what's come to my mind right now, I just write it. And this post is in Malay language. Ini adalah sangat penting buat anda semua. Terutamanya rakan-rakan sebaya saya. Kliklah READ MORE di bawah sana untuk pesanan saya. Saya mengingati rakan-rakan dan juga diri saya sendiri kerana sejujurnya saya juga terjebak dengan wabak yang ingin saya katakan ini.
Tahniah buat negaraku tercinta kerana mencapai kemerdekaan yang ke 52 pada tahun ini. Syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan kebebasan di tanah bertuah ini. Ptolemy ada menyebutkan semenanjung yang kita duduki ini sebagai Golden Chersonese. Kalau cari di wikipedia pun ada, During the Roman time, the Malay Peninsula developed an international reputation as a source of gold, hence the name was given. (Ni yang disebut dalam wikipedia.) Di negara ini, rakyatnya bebas untuk menganut apa jua agama tanpa ada sekatan. Berbalik kepada Golden Chersonese, orang melayu ini adalah satu bangsa yang mempunyai hubungan dengan berbagai kerajaan. Malah ada cerita yang didengar(sebenarnya dibaca dari blog, tak perlu untuk mempercayai 100%. Kalau betul apa salahnya.) bahawa dahulu kerajaan firaun mengimport emas-emas dari nusantara. Kalau ini betul, ini bermaksud kita telahpun mempunyai sejarah peradaban dunia yang sangat panjang. Baru-baru ini (taklah baru sangat, 2003) ada satu penemuan sebilah keris purba di sebuah kuil purba “Enkakuji Temple”di dasar lautan Pulau Okinawa Jepun. Nah, tengoklah. Melayu telahpun sampai dimana-mana. Melayu bukanlah layu, melayu cuma lupa. Melayu sebenarnya bukanlah hanya di Malaysia. Di Indonesia, Brunei dan banyak lagi tempat juga ada orang melayu. Dalam Melayu itu sebenarnya terdapat sangat banyak bahagiannya. Jawa, minang, banjar dan banyak lagi yang tak dapat disebut di sini juga adalah orang melayu. Kenapa kini melayu dikatakan layu?
Jawapannya adalah melayu kini dibutakan dengan nilai-nilai keduniaan yang berlebihan. Walhal sepatutnya kembali kepada tuhan kita yakni Allah SWT. Musuh-musuh kita berjaya melemahkan dan menjajah kita dengan hiburan, wang adalah segalanya. Islam tidak menolak keduniaan. Malah dunia ini adalah tempat kita menyemai benih-benih untuk bekalan kita di akhirat. Ingat tak entri saya tentang pelaburan? bekerja dan beribadatlah dengan bersungguh-sungguh. Rezeki tak datang bergolek. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. Tapi janganlah kita dibutakan oleh wang dan sebagainya. Kita bekerja untuk survive di dunia ini. Contoh lain ialah game. Sejujurnya saya juga terjebak dengannya, tapi kini saya berjaya mengurangkannya. Saya masih bermain game. Tetapi saya tidak membelakangkan Allah. Ia hanya sekadar pelepas stress. Atau sebenarnya lebih baik saya tinggalkan terus. Apabila kita bekerja, janganlah kita lupa tanggungjawab kita kepada Allah. Kerana Allah itu Maha Pemberi. Yang memberi rezeki kepada kita. Buat rakan-rakan saya, berhibur tidak salah, kerana hiburan itu indah, tapi jangan kita lalai dengannya. Hiburan-hiburan barat memang kebanyakannya untuk meruntuhkan akhlak kita, untuk membuatkan kita jauh dengan Allah. Nampaknya mereka agak berjaya kerana ramai remaja-remaja melayu tak mahu solat, puasa dengan sebetul-betulnya. Kalau adapun bagai melepaskan batuk di tangga. Soal puasa akan saya cerita di entri berikutnya. Islam hanya di kad pengenalan. Oleh itu kita perlu kembali ke ajaran Islam. Kembali dan menghayati ajarannya. Menghayati ajarannya sangat penting kerana Islam ini sangat menyeluruh. Bila kita mula lupa Allah dengan hiburan, ingatlah bahawa jarum-jarum musuh kita sudah mula mencapai modus operandinya. Banyakkanlah berdoa agar dijauhkan dari fitnah Dajjal kerana fitnah Dajjal sangat dasyat. Dunia ini bukannya kekal. Ia hanya bagai mimpi. Sangat singkat. Lagipun usia umat Muhammad SAW ini singkat, tidak seperti nabi-nabi terdahulu. Banyakkan beribadat. Malah kini Melayu sesama Melayu sedang bersengketa sesama mereka. Musuh-musuh kita sedang girang gembira melihat Melayu bergaduh sesama sendiri. Islam sendiri tidak menyuruh kita bersengketa sesama sendiri. Hamas dan Fatah di Palestin. Di Malaysia? Di Nusantara? Fikir-fikirlah.
Apa yang harus dilakukan? Kita perlulah sentiasa bersama dan tegur-menegur antara satu sama lain. Belajarlah dari sejarah bagaimana kehebatan kita suatu masa dahulu. Tetapi kini berhati-hati kerana banyak sejarah yang telah diolah semula. Tak mustahil kita akan bangkit semula satu hari nanti. Selalulah berfikirlah agar dapat memajukan agama, bangsa dan negara. Kepada bijak pandai, banyaklah menjalankan kajian-kajian agar dapat memberi panduan kepada kita sendiri. Sepertimana yang kita semua tahu, Yahudi telah pun menyebarkan kajian-kajian palsu supaya kita rosak. Bagaimana? Contohnya. Mereka menyatakan Epal hijau tidak baik untuk kesihatan namun rakan bapa saya sendiri disuruh oleh seseorang (maaf kerana tidak ingat siapa kerana bapa saya menceritakan pada saya kisah ini sudah agak lama, banyak tak ingat. Barangkali Ustaz.) untuk makan epal hijau untuk mengurangkan penyakitnya (pun tak pasti apa sakitnya). Yang pastinya, penyakitnya bertambah sembuh. Lagi? Mereka menyatakan makan organ dalaman bagus untuk kesihatan. Kita pun baik punya...ikutlah depa tu... Nabi kita tidak menggalakkan memakan organ dalaman. Mujurlah saya memang tak berminat untuk makan hati ini. Organ dalaman yang saya pernah makan pun adalah paru-paru. Itupun sepanjang hidup saya adalah sekali dua saya makan. Banyak lagi perkara yang mereka menipu kita. Oleh itu, bangunlah bijak pandai, kajilah apa yang ada di muka bumi ini agar kita tidak lagi ditipu oleh mereka. Sejujurnya saya sendiri pun banyak yang masih jahil lagi. Kepada orang-orang yang berkemampuan untuk membangunkan syarikat sendiri, berniagalah dengan cara yang betul dan amanah. Hasilkanlah produk yang bermutu dan memuaskan. Kita pula perlulah sentiasa menyokong mereka dengan membeli produk mereka, mungkin ia akan meluaskan perniagaan, mengambil lebih ramai pekerja, dan tak perlulah kita mencari rezeki dengan syarikat-syarikat musuh-musuh kita. Kini kita serba salah kerana ramai pekerja kita bekerja di syarikat mereka.
Nampaknya, mungkin ini post terpanjang saya setakat ini, lagi 12 minit hendak tepat pukul 12, apa yang saya katakan ini tidak bersifat perkauman, saya tidak menidakkan jasa orang bukan melayu di negara ini, cuma melayu sudah lupa. Terima kasih dengan jasa tuan-tuan yang menumpahkan taat setia di negara ini. Kalau ada yang salah dalam entri ini, sila betulkan. Terima kasih dan marilah kita berSATU membangun agama, bangsa dan negara. Janganlah kita bercakar sesama sendiri. Wujudkanlah suasana harmoni. Buat remaja-remaja diluar sana, sayangilah nyawa anda, anda permata agama dan negara. Sukarno ada berucap bahawa dengan 10 pemuda, dia mampu menggoncang dunia. (Maaf kalau salah, kalau salah, betulkan.) Sama-samalah kita bermuhasabah diri dengan apa yang kita lakukan setakat ini.
Sampai disini sahaja, Assalamualaikum dan jumpa lagi...
p/s: Mengenai Firaun itu saya baca di blog sahaja dan menurut blog tersebut, ia dari manuskrip kuno yahudi, jadi saya menyarankan agar tidak terlalu mempercayai bulat-bulat apa yang ada di blog-blog sekarang. Tetapi andai ada bukti kukuh dan sebagainya, tidak salah mempercayainya kerana kini banyak manusia cuba menulis dan mengubah sejarah. Saya letak sekadar untuk mengambil mesej yang kita hebat cuma kita sudah lupa. Sekali lagi, berdoalah agar dijauhkan dari fitnah Dajjal.
Baca lagi>>
Arashiyama part 2
7 years ago