Saturday, December 31, 2011

Kenapa dulu aku tak benci tapi sekarang aku menyampah giler dengan K-pop

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.

Berdasarkan tajuk di atas, aku rasa mesti korang semua tahu ini adalah entri melepaskan geram. Sejujurnya aku memang jarang nak buat entri-entri macam ini dan entri ini mengandungi rasa benci yang amat dalam dan rasanya dan harap-harapnya ini adalah satu-satunya entri berbaur kebencian peribadi macam ini.

Mari kita mulakan kisah. Pada suatu hari cuti, aku pasanglah "something" kat komputer yang disambungkan dengan TV. Aku tak ingat tapi yang pasti ia adalah rancangan/konsert/cerita jepun. Lama jugak la aku pasang. Lantas aku terus di"sound" oleh kakak aku supaya kasi mak aku tengok TV. Dia kata pasanglah sesuatu yang mak aku nak tengok. Hello, mak tak pernah miss sinetron dan cerita yang dia ikut. Pastu, selalu aku beralah tak tengok wrestling pasal mak nak tengok TV. Pastu dia cakap suruh pasang cerita yang orang lain pun paham. Aku pun defend la balik yang dia pun selalu pasang rancangan variety korea kat TV selalu. Pastu jawapannya, ada subtitle. Ni lah masalahnya. Main cakap semberono. Tengok pun tak pernah, mana nak tahu apa yang aku pasang tu takde subtitle? Dia ingat aku paham sangat ke bahasa Jepun tu? Aku pernah nampak ada DVD konsert Rain kat bilik dia satu masa dulu. Kalau aku nak cakap semberono boleh je, ada subtitle ke konsert tu? Aku ada konsert V6, FULLY SUBTITLE. Dari lagu, sampai la cakap-cakap. Rancangan variety jepun aku yang takde subtitle rancangan V6 je, yang lain semua ada subtitle. Rancangan V6 "Gakkou e Ikou (Let's go to school)" tu paling banyak aku ada. Dan BANYAK YANG ADA SUBTITLE. Aku pernah pasang cerita "Kuitan", fully subtitle. Mak tengok dengan seronok sekali. Aku pernah pasang movie animasi Jepun sekadar nak promote, pastu aku tak tengok, kalau mak rasa tak best aku tutup. Mak tengok cerita tu sampai abis. Buktinya ialah kat salah satu video Nia yang dimuat naik di facebook. Aku tengok kakak aku, ok je dia dengar lagu korea, tak tahu la kalau dia boleh cakap korea. Sebab tu aku belajar cakap korea, mana tahu satu hari nanti boleh berborak dengan dia dalam bahasa korea.

Yang aku panas hati tu pasal dia cakap main sedap molot je. Tak de bukti nyata. Dia tak pernah pun tengok video-video jepun yang aku pasang. Kalau aku pasang dia duduk bilik je. Mana dia nak tahu aku punya ada subtitle ke tak?

Ada subtitle kan? Oh, dan penontonnya LIVE dan bukan DIRAKAM


Yang paling mengecewakan aku sekali ialah kakak aku tu berjaya mempengaruhi semua orang untuk ketagihan rancangan variety korea. Dan SANGAT BERJAYA. Adik aku, abang aku, kawan adik aku semua ketagihan rancangan variety tersebut. Aku pelik la, rancangan "Gakkou e Ikou" tu kelakar, ada mesej yang baik, DAN BERTAHAN SELAMA 11 TAHUN. Aku rasa inilah masalah orang melayu. Suka seronok kosong. Dan aku bercadang nak terbitkan "Gakkou e ikou" versi melayu satu hari nanti, tapi mungkin akan aku kuburkan sahaja hasrat tu kerana rancangan itu akan lingkup sekelip mata. Walaupun Jozan yang mengacara.

Aku tak faham dengan manusia sekeliling aku. Mereka tak pernah bagi peluang kepada aku untuk berkongsi hobi dan minat aku. Masa aku kat U dulu, aku sorang je layan Jepun, takde korea tapi diorang ada clan DOTA. Aku sendiri, Kat rumah aku, aku bukan tak pernah nak promote, aku dah cuba tapi mereka tak pernah nak menyokong apa yang aku minat. Apa yang boleh aku buat? Pindah pergi Jepun? Aku belum pandai cakap Jepun. Kalau aku tak ada agama, aku rasa dah lama aku bunuh diri. Seriously. Aku betul-betul rasa sendiri, tak ada sesiapa "secitarasa" dengan aku. Aku tak tahu di mana ada tempat di dunia ini yang ada orang "secitarasa" dengan aku.

Aku dulu tak benci dengan K-pop ni, aku pernah habiskan tengok cerita "Yu-Hee The Witch" dari mula sampai habis. Masa KARA masuk pasaran Jepun, aku suka diorang. Sekarang pun suka jugak sebab K-Pop masuk pasaran Jepun, diorang kena alih bahasa lagu diorang kepada bahasa Jepun, bukan macam Malaysia. Kalau industri hiburan Uganda tengah "Hot" pun orang Malaysia layan gak lagu Bahasa Swahili.

Aku mula minat balik wrestling pasal abang aku selalu tengok pasal tu aku minat balik. Tapi sekarang abang aku dah tak tengok sangat wrestling. Makanya, aku sendiri lagi.

Akhir sekali, aku nak berterima kasih sebab bapak aku percaya untuk memberi aku assignment untuk buat lirik untuk hari keluarga nanti. Lagu guna lagu yang dah sedia ada. Sejujurnya, aku tak nak pergi pun hari keluarga ni sebab aku akan menyendiri lagi. Bukan sebab aku nak, tapi aku terpaksa. Sebab aku tak ada topik pun nak kongsi sebab tak ada sesiapa berkongsi minat dengan aku.

Jangan salahkan aku bila aku menjauhkan diri...

p/s: Aku terpaksa luahkan akhirnya dengan penulisan, sebab bila aku marah, aku tak dapat meluahkan dengan kata-kata, biasanya aku menangis...
pp/s: Selamat tahun Masihi 2012 Baca lagi>>

Thursday, December 29, 2011

151: I'm back. With disappointment.

Assalamualaikum kara hajimemashita. Hisashiburi ne?

I'm not intended to make a Japanese entry. Plus, I'm can't even write a simple essay in Japanese. I can just speak a little expression and survival conversation. Back to our topic, it's been over a month since my last entry about my hiatus. Well, it not turns out as I'm expected. I'm never been so non-productive than my hiatus period. Maybe a good excuse is because my mind has set the hiatus time is time to be lazy. Another good excuse is because of the loss of Malaysia football (soccer) Olympic squad to Bahrain. I'm cool if Malaysia lost but what makes it very disappointing was the fact that they're leading by 2 goals and Bahrain playing with 10 men and yet managed to score 3 goals in 6 minutes. Many critics said that it is because of Nazmi Faiz being substituted after having cramps and made the midfield section topsy-turvy (found this word from google translate, hehe). Afterwards, I'm having a problem doing things I supposed or scheduled to do. (The fact that I made the schedule myself, so no authorities.) Here is some of my work I suppose to finish it while in my hiatus. I'm sorry for any inconvenience

1. I would like to apologize to my one of best friend in India, Azim for not finishing your song man...As I said before, the song was done. But I just losing my confidence to sing again, so the song is done but the recording until this moment still not yet recorded. Sorry again man...

2. My story by far since before my hiatus period, is quite long, but within the hiatus period, I just managed to write just A FEW SENTENCES...

That is really disappoint me but, that was past and I definitely cannot turn back time. Let's just look forward and have a better future.

Initially, to "pause" writing is really hard thing to do. Because it is a thing I always do. But when I've get a grip of the hiatus "concept", it is really hard to start to write again. Alhamdulillah, I manage to write this entry, that means I can start writing again.

Until then,
Hasta luego,
Mata ne,
Jumpa lagi.

K-Tea.

p/s: This is Infinitesane's 151st entry. Yeay!
pp/s: Thank you for anybody had sent comments. I really appreciate it. Even some of it seems "fishy". But it still a comment. Any comment are really appreciated. Really.
ppp/s: Can't wait for 15th February. It's really exciting....
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League