أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Maharaja Lawak yang dinanti-nanti khususnya oleh hamba telah tiba. Hamba rasa bukan hamba sahaja yang ternanti-nanti, rasanya ramai lagi yang tak sabar menanti "Raja Lawak All Stars" bersaing sesama sendiri. Selepas tamatnya gelanggang pertama semalam, tak sabar hamba dan teruja untuk mengkritik persembahan mereka. Lagipun, pastinya "Maharaja Lawak" menjadi trending dalam "Google Search" kan? Sebelum hamba mulai mengkritik, ingin hamba tegaskan atau dalam bahasa inggeris "Emphasize" bahawa hamba mengkritik apa yang hamba lihat dan rasa, semuanya adalah bersifat subjektif. Memang kebarangkalian untuk hamba buat stand up comedy, adalah rendah kerana hamba belum pandai menjadikan sesuatu isu sebagai bahan lawak. Jadi, tanpa membuang masa, ayuh pergi kepada kritikan yang mungkin panjang lebar. Klik "Baca Lagi>>"
Hamba akan cuba bersikap professional tanpa mengutamakan favoritism. Hamba akan mengkelaskan kritikan hamba kepada dua kumpulan; solo dan berkumpulan kerana konsepnya berbeza. Mari kita review sedikit sebanyak tentang solo dan berkumpulan,
Umumnya, samada solo atau berkumpulan yang penting adalah isi dan cara penyampaian dan kelancaran.
Solo:
Apa yang penting adalah interaksi dengan audien.
Berkumpulan:
Pertama sekali, yang penting adalah keserasian yang setakat ini masalah ini hanya terjadi kepada satu kumpulan sahaja. Nanti hamba cerita. Ingat dahulu bagaimana Nazmi "screw up" sketch beliau dengan farouk hussein? Dalam kumpulan, macam caklempong, mereka akan bertingkah antara satu sama lain. Mesti ada feeder dan ada killernya. feeder biasanya akan bagi setup atau bagi persepsi logikal dalam isi, manakala killer akan bagi punch line isi tersebut.
Yang kedua ialah pengurusan isi cerita terhadap jangka masa yang ditetapkan.
Hamba ulas yang berkumpulan dahulu, kerana peserta pertama adalah peserta berkumpulan, iaitu Jambu, jom tengok dahulu persembahan mereka:
JAMBU
Personally, hamba memang minat dengan Yus sejak dari Raja Lawak 1 lagi. Malangnya, selepas itu, beliau jarang muncul di arus perdana dan hanya banyak terlibat dengan teater sahaja. Sejujurnya, hamba dapat lihat kematangan dalam "sketch" mereka. Bukan kerana hamba nak meniru Mamat Khalid ya? Kita lihat sendiri cara penyampaian Taukeh dalam menyebut "Apa pun tak boleh" yang dapat "trigger" hilai tawa audien. Hamba dapat rasakan yang mereka telah banyak membuat research dalam teknik-teknik memikat hati audien. Lihat pula gerak tubuh Yus yang juga berjaya membuat penonton ketawa. Memang sepatutnya mereka telah matang kerana Raja Lawak pun telah lima musimnya. Cuma memang ada sikit-sikit kelemahan yang "minor" boleh diperbetulkan. Hamba pun tak tahu cuma hamba rasa mereka boleh buat lebih baik.
XN3
Hamba rasa hamba tak mahu komen panjang tentang XN3 kerana secara teknikalnya tiada masalah, cuma isi cerita atau ceritanya tak kuat. "Punchline"nya pun tak sampai lebam pun "punch"nya. Ala kadar sahaja. Lain kali cari serita yang lebih dekat dengan audien.
R2
Pasangan ini memang dari Raja Lawak 5 tak pernah gagal untuk tidak menghampakan hamba. Mereka agak selesa di atas pentas, tak kekok bersaing dengan senior mereka. Sejujurnya, lawak tiru itu memang dah lama hamba dengar tapi hamba tak ingat dimana. Ada orang kata, tak best kalau guna lawak yang dah pernah dengar, tapi bagi hamba, apa yang penting, bagaimana seorang pelawak itu mengintrepetasi isi lawak tersebut dengan cara tersendiri. Kesimpulannya, R2 is really good this week.
JOZAN
Pasangan yang dinanti-nanti kemunculannya, tapi sebagaimana dilaporkan dalam mStar Online, (Klik sini) mereka memang patut rasa bersalah dengan peminat yang salah satunya adalah diri hamba sendiri. Memang hamba tergelak sakan juga menonton mereka beraksi, malah hamba menonton Raja Lawak sebelum ini mostly sebab Jozan. Yang membuatkan hamba kesal ialah kerana mereka memang tak prepare, mungkin kerana mereka sibuk, tapi untuk menjadi maharaja lawak, mereka patut dapat cari sedikit masa untuk memberi komitmen dalam pertandingan ini. Mereka sangat tak organize kerana masa banyak dihabiskan dengan "hiasan-hiasan" dan akhirnya selepas loceng dibunyikan, barulah Johan dapat menyampaikan isinya. Hamba faham bahawa masanya singkat, mungkin sekiranya mereka diberi 10 minit, mereka akan berjaya. Tapi kalau begitu, berapa jam pula masa untuk gelanggang selesai? kerana peserta lain juga mahukan waktu lebih, kecuali Amir. I'm sorry Amir, but you're terrible. Nanti part kamu hamba cerita kemudiaan. Serta, adegan baca surat khabar dan bunyi telefon memang kelakar, tapi untuk persembahan 3 minit, hamba rasa ia tak perlu. Dalam pertandingan seperti ini, "pace" anda sebagai peserta berkumpulan perlu laju dan tak meleret-leret. feed sikit-sikit, pastu bagi punchline, kemudian tukar pula peranan feeder dan killernya. Macam Sepah buat. Maka, hancurlah ending sketch Jozan. Hamba juga terperanjat, "Macam tu je endingnya?", tapi dalam hati la, peminat tegar Jozan kan ramai.
WAI
Macam mana nak cakap tentang Wai ini ya? Untuk pengetahuan, inilah kumplan yang hamba maksudkan tadi iaitu kumpulan yang tiada keserasian. Untuk pengetahuan, Wai ialah gabungan kumpulan kecik dan Idlan pada Raja Lawak 4. Mereka digandingkan dalam siri TV: 3 budak botak. Tapi harus diingat, gandingan semasa 3 budak botak adalah based on script. Dalam show begini, tiap-tiap ahli patut tahu kelebihan dan kekurangan ahli grup tersebut supaya mereka dapat mengimbangi kekuatan kumpulan tersebut. Malang bagi Idlan yang gagal sealiran dengan Kecik, jadi cerita pun jadi punah-ranah. Hamba berharap mereka dapat menemui keserasian pada minggu hadapan.
SEPAH
Memandangkan entri ini semakin panjang dan mungkin membosankan pembaca, hamba pun tak nak banyak komen tentang kumpulan Sepah ini, mereka memang sudah lama menemui keserasian mereka, "pace" mereka juga rancak, senang cerita, baguslah. One of the best on that night.
BALAS
Balas juga hamba tak mahu komen panjang lebar kerana mereka juga sangat baik, cuma ramai yang pertikaikan tentang lawak "double meaning" mereka. Sebagaimana falsafah Eddie Murphy dalam "stand up comedy"nya, "as long as their think it's funny, why don't we use it?". Sebenarnya ayatnya tak macam tu, ayatnya lagi kasar. Tapi hamba tapis sikit la, intinya macam itulah. Walaubagaimanapun, kita harus ingat, kita orang timur yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan, jagalah sikit ya? mungkin ada yang tak faham, tapi lebih baik kalau dielakkan.
Disebabkan entri ini dah menjadi agak panjang, hamba akan ulas bahagian peserta solo pada entri seterusnya. Sampai jumpa lagi,
Wassalam...
p/s: Kepada yang tidak tahu, "Hantu Mak Cik Karipap" memang terkenal di antara sekolah-sekolah berasrama penuh, ia sebagai aktiviti masa lapang sebelum tidur dimana senior akan bercerita kepada junior cerita hantu. Satu lagi hantu famous di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) ialah "Hantu Loker", hantu yang top la kiranya kat SBP...
pp/s: Semua Video diambil dari guatv.com youtube channel (klik sini)