أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Kali ini hamba menggunakan tulisan rumi kerana orang ramai belum biasa membaca jawi. Malah ada komputer yang gagal membaca tulisan jawi. Hamba tak katakan yang ejaan jawi hamba betul, tapi sekurang-kurangnya hamba mencuba bukan? Lagipun kalau ada yang salah, betulkanlah. Berbalik kepada tajuk entri ini, hamba ingin melaporkan apa yang terjadi kepada hamba apabila pulang ke klang untuk menghadiri majlis perkahwinan abang hamba, Muhamad Nahar Bin Mohammad Nasir. Laporan ada di bawah. Sila klik "Baca Lagi>>" untuk mengetahui lebih lanjut. Macam biasa, gambar boleh dibesarkan dengan mengklik pada gambar tersebut. Ia akan dibuka di tab baru atau window baru. Video dibawah telah di"convert" menjadi saiz lebih kecil, video asal berkualiti tinggi.بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari Khamis:
Pagi naik bas, tengahari tiba di Klang Sentral. Setibanya di rumah, terus diarah membersihkan kipas. Rumah mula berserabut. Bukan bersepah, cuma penuh. Seperti di gambar.
Hari Jumaat:
Bangun pagi Acik Din, Acik Seri (sebutan: "say ree") dan rombongannya datang lawat. Tolonglah sekali pasang kerusi dan meja.
Hari Sabtu:
Pagi "main event", tolong siapkan "ornament" dan sebagainya.
Hamba nyanyi 3 lagu di majlis tersebut, Nilai cintamu dan pelangi petang dari Sudirman serta Hanya engkau yang mampu dari Aizat. Kak Jue condemn kenapa nyanyi lagu sedih saja? Acik Aziz asyik suruh nyanyi lagu nasyid, Acik Ana nak dengar hamba nyanyi lagu Jepun. Malangnya request mereka hamba tak tunaikan. Ramai juga orang datang, hari tersebut juga baik dan tidak hujan. Petang itu hamba kepenatan. Selepas solat Asar, terus hamba tertidur (ini tak baik tau!). Malam itu Acik Ana datang bawa kek secret recipe sebiji besar.
Hari Ahad:
Hari hamba untuk pulang ke Parit Raja. Pagi itu mak dan abah serta abang nahar dan kak jue kira wang dapatan dari sumbangan tetamu yang hadir. Gambar ada, tapi tak boleh disertakan. Namun begitu, pada pagi itu juga, hamba kena tolong kemas barangan bawah khemah kerana lori khemah tak dapat datang kerana hanya boleh datang pada hari Isnin (hari ini) jadi, barangan bawah khemah perlu dikemas dan dibawa masuk ke rumah. Takut-takut ada orang nak curi pula nanti. Penat memang penat. Tapi seronok jugalah bagi hamba yang ego tinggi dan tak berperasaan ini. Rasanya itu sahajalah laporan hamba kali ini.
Akhir sekali, sebagai ucapan, selamat pengantin baru kepada Abang Nahar dan Kak Jue. Semoga sentiasa teguh melayari bahtera perkahwinan. Lagipun, orang yang dah kahwin ni kalau solat khusyuk dia lebih sikit. Itu sahaja ucapan hamba.
Jumpa lagi.
P/S: Hamba sebenarnya dalam dilema. Sebenarnya dah lama dah dilema ini bermain di fikiran hamba. Sama ada nak salam atau tidak. Hamba pernah dengar, hatta makcik kita yang kita tak bernafsu pun sudah dikira bukan muhrim, apatah lagi saudara mara mahupun kakak ipar. Jadi hamba was-was mengenai perkara ini. Biasanya kalau orang itu hulur dahulu baru akan hamba sambut, tapi kalau tidak hamba akan menganggukkan kepala sahaja. Siapa-siapa boleh jelaskan perkara ini?
Baca lagi>>