Saturday, March 13, 2010

Pause...Tapi ada isu terakhir sebelum berehat...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sepertimana yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, seperti tajuk diatas dan seperti yang diuar-uarkan di laman sosial facebook hamba, hamba akan berhenti rehat seketika dari menulis di blog peribadi hamba ini, namun blog "Iqbal Nasir di Khutbah Jumaat" hamba akan "consider"kan untuk meng"update"kannya. Itupun, sekiranya khutbah minggu ini hamba tak update, bermakna sudah 2 minggu berturut-turut hamba tak meng"update" blog khutbah itu. Dan juga tiada sumbangan untuk 2 minggu berturut-turut dan tiada pembaca yang berminat untuk me"refresh" rohaninya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Paling awal, hamba akan kembali menulis awal bulan hadapan. Selepas album baru V6 keluar. Paling lewat, sehingga habis semester ini. Baiklah, berbalik kepada isu terakhir kita sebelum hamba berehat...

Saja hamba tak beritahu isu apa yang ingin hamba kupas, supaya sama-sama kita baca ya? Isunya adalah tentang bola sepak negara kita. Hamba minat bola sepak. Hamba gila main PES 2010. Hamba adalah juga jenguk-jenguk perkembangan bola sepak luar negara. Namun, hamba sangat mengutamakan bola sepak tempatan. Maaf kerana membuka pekung, tapi hamba tak beritahu nama, ada saudara hamba bila hamba kata hamba tak layan sangat liga luar negara, tengok highlight sahaja. Tapi hamba layan liga Malaysia. Dia tergelak kecil. Kenapa? Buruk sangatkah mutu bola sepak kita? Pernahkah dia tonton perlawanan liga Malaysia di televisyen sekurang-kurangnya. Hamba mengaku, hamba tak pernah ke stadium untuk menonton bola, namun abang hamba rajin ke stadium Shah Alam menonton perlawanan melibatkan Selangor. Lagipun, hamba tak biasa dengan keadaan yang sesak dan hingar-bingar di stadium dengan caci maki dan sebagainya. Tapi keinginan itu ada. Tapi hamba rajin cari di youtube highlight perlawanan liga Malaysia. Lagipun di sini tiada televisyen bukan? streaming TV atau radio pun tak boleh. Tapi percayalah, mutu bola sepak kita sedang meningkat. Bukanlah secara mendadak tapi bukalah mata anda semua. Permainan semakin kemas dan sebagainya. Ingat,
"Rome wasn't built in a day", kalau cepat meningkat, InsyaAllah cepat jugalah turunnya.

Hamba sangat menyokong perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan. Kalah pun hamba tak kisah, hamba masih berada di belakang mereka menyokong dengan sepenuh hati. Pasukan Brazil pun pernah kalah. Pasukan England lagilah sekali sahaja menang world cup. Hebat betul kalau tak boleh nak kalah. Tiap-tiap pemain ada naik dan turunnya. Mereka manusia dan bukannya robot. Mereka ada emosi. Mungkin emosi mereka terganggu menyebabkan tumpuan mereka terganggu. Berilah peluang, andainya nak mengkritik, berilah kritikan yang membina. Ini tidak, silap sikit habis dikondemnya.

Ada satu lagi golongan, bila nampak sahaja pasukan Malaysia mula meningkat naik, pandai-pandai buat persepsi. Contohnya hamba "quote"kan ya?
"Alah, time ni bagus la. Lepas tu pergi disko la, tak berdisiplinlah"dan sebagainya.

Satu sahaja komen hamba terhadap golongan ini. Bukankah anda tahu percakapan kita itu satu doa? Andainya mereka tidak bersikap demikian sebelumnya, tak mustahil ia akan jadi kenyataan dek kerana mulut-mulut golongan ini dan hamba percaya bukan seorang dua sahaja termasuk dalam golongan ini, ramai lagi. Dan kerana itulah mungkin doa golongan ini dimakbulkan. Bukankah lebih baik kita katakan
"Harap-harap lepas ini mereka akan konsisten dan tetap berdisiplin dan menjadi lebih bagus demi untuk negara."

Bukankah elok kalau doa itu dimakbulkan? Fikir-fikirkan. Tujuan golongan ini kadang-kala sebagai ujian provokasi sahaja terhadap peminat skuad negara untuk menguji sejauh mana kesabaran mereka. Tapi hamba dah tak terpengaruh dengan provokasi seperti ini lagi. Cuma hamba risau apa yang dikatakan menjadi kenyataan.

Akhir sekali, hentikanlah usaha-usaha menjatuhkan moral skuad negara kita ya? Mereka nak mencuba memperbaiki nama negara kita dipersada bola sepak dunia. Cuma, berilah masa. Sudah ada peningkatan sebenarnya. Negara kita juga akan harum nanti. Nak agungkan negara luar? jangan jadi warganegara Malaysia. Jadilah warganegara Ghana atau Korea kerana mereka dah layak masuk piala dunia bukan? Rasanya golongan yang macam ini seperti ada sahaja nak mencari sedaya upaya point yang boleh dikutuknya. Dalam entri ini, hamba tak ingin langsung nak bercerita tentang politik dalam FAM. Naik muak dan nak muntah memikirkannya. Hamba cuma sayangkan pasukan kebangsaan sahaja. Pandir-pandir FAM lah nak buat dosa atau pahala.



Did I mention I like Safee Sali?


Baca lagi>>

Sunday, March 7, 2010

Pesanan untuk Din Beramboi dan Bahasa Melayu (2 dalam 1)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
*masih dalam mood malas

hamba sebenarnya tak mengerti mengapa sejak kebelakangan ini tulang hamba terasa berat sahaja(berat tulang). Sebenarnya, ini bukanlah entri yang hamba janjikan dalam entri sebelum ini, kerana entri tersebut berbahasa Inggeris. Lagipun, kan hamba dalam mood malas menulis. Baiklah, terus sahaja ke isi entri ini.

Hamba memang sangat gemar dengan komedi walaupun hamba bukanlah seorang yang humor walaupun adakalanya hamba cuba untuk berlawak, tapi tak kelakar. Hahaha... Oleh kerana itu, hamba sering memuat turun sawancara dan drama sebabak di podcastnya. Rakan hamba bilang hamba ini sawan dek kerana sering mendengar sawancara. Memang hamba sangat meminati Din Beramboi. Tapi baru-baru ini hamba dengar sawancara bertarikh 23/02/2010 yang bertajuk "Ahli Fikir", ada satu perkara yang sangat perlu diperbetulkan. Dalam satu ayatnya, ada menyebut tentang air musoffa. Tapi dia tidaklah menyebut air musoffa, dia menukarnya kepada air musafrin. Tapi, jelasnya dia merujuk kepada air musoffa kerana dia katakan tentang ditulis atas pinggan dan sebagainya. Anda dengarlah sendiri di bawah nanti hamba lampirkan.

Komen hamba?

Air musoffa yang tulis atas pinggan tu ayat Al-quran. Memang kalau encik Din Beramboi yang minum air penerang hati itu, mungkin tak berkesan kerana ayat Al-quran itu adalah mujarab kepada orang yang mempercayainya sahaja. Namun, mungkin Din Beramboi tak perasan kot masa bergurau itu. Itu sahaja yang hamba ingin tegurkan.

Cerita kedua ialah tentang Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu. Dengan secara tiba-tiba, hamba tertarik tentang berita pertandingan itu. Seronok tengok orang luar negara cakap bahasa melayu. Teringat dahulu bahasa Melayu menjadi lingua franca di bumi nusantara ini. Cari di youtube, tak banyak yang dapt, tapi dapatlah tengok peserta rusia, australia buat persembahan. Tiba-tiba petang tadi termimpi buat sambutan 10th anniversary debut di Jepun. Jumpa V6, borak dengan Inohara, tapi dia tak berapa faham bahasa Inggeris yang hamba tuturkan. Maksudnya disini, Bahasa Melayu mampu untuk pergi jauh andainya kita sendiri berbangga dengan bahasa melayu kita. Satu lagi, hamba rasa yang sebetulnya, istilah bahasa Malaysia kurang tepat, bahasa Melayu lebih tepat. Di Amerika, menggunakan bahasa Inggeris, bukannya Bahasa Amerika. Itulah contohnya. Akhir sekali, esok hari Isnin, ramai-ramailah kita beli Utusan Malaysia kerana ada Utusan Melayu, surat khabar jawi. Beli Utusan hari Isnin sahaja bagi sesiapa yang tak berminat dengan Utusan sebagai sokongan kita dengan jawi...

p/s: maaf andai entri ini berserabut, hamba sedang berserabut kepala otak ini. Namun memikirkan tentang blog ini yang jarang hamba update dan minggu ini punya khutbah Jumaat pun hamba tak update di blog hamba satu lagi, blog "Iqbal Nasir Di Khutbah Jumaat". Maaf atas keserabutan ini.

Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League