Wednesday, December 30, 2009

suatu ketika


Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pengunjung Infinitesane, semoga anda diberi hidayah dariNya. Lagi beberapa hari sahaja lagi tahun masihi ini masih berbaki. Kemana pula entri tentang tahun baru Islam? saya bercadang untuk membuat entri tentang kedua-dua tahun baru pada menjelang tahun baru masihi kerana secara tiba-tiba mood untuk menulis itu hilang. Jadi saya menunda untuk menghantar entri pada tahun baru Islam. Lagipun ketika itu masih bercuti. Orang tak ramai membaca blog saya. sedangkan waktu bukan cuti pun belum ramai, apatah lagi ketika cuti. Memang sebenarnya saya dah tulis sedikit pun pada 1 Muharram itu, cuma belum disambung dan dihantar. Ini entri apa? sebenarnya secara tiba-tiba sesuatu yang ajaib telah berlaku. Apakah dia?

Keajaiban senjata mereka kepada saya. Apa yang ingin cuba saya tonjolkan sebenarnya? Tak ajaib pun sebenarnya. Facebook...ramai dah tahu yang facebook itu medium mereka untuk mengorek privasi kita bukan? Tapi setelah digerakkan hati oleh Allah, adalah seorang hamba Allah ini memuat naik gambar lama semasa saya masih bersekolah di Sek Keb Kuala Kubu Bharu 1 (SKKKB1). Dan dengan rajin beliau telah menanda ramai rakan-rakan yang lain. Dan dengan tindakannya menanda ramai kenalan semasa di SKKKB1, maka ramailah kembali mereka berinteraksi semula di alam maya. Makanya saya kembali menghadapi masalah. Saya ada satu masalah. Masalah ini sangat besar. Sebab ia memainkan peranan yang penting dalam sesuatu hubungan sesama manusia. Masalahnya ialah saya sangat sukar untuk mengingat nama-nama dengan banyak. Maksudnya banyak kenalan saya semasa di sekolah tersebut yang telah saya lupakan. Yang kasihannya, mereka masih ingat saya. Serba salah dibuatnya. Malah, kenalan saya semasa di SDAR juga sudah ada yang saya lupa. Saya minta maaf sangat-sangat kerana melupai anda semua. Saya memang bermasalah untuk mengingat orang. Saya hanya mampu mengingat orang yang sentiasa keep in touch dengan saya. Dari lubuk hati saya, saya memohon keampunan yang tak terhingga. Bukan niat saya melupakan anda semua.

Kalau diikutkan sejarah persekolahan rendah saya, sejarah semasa di SKKKB1 adalah yang sangat saya rindukan. Kuala Kubu Bharu itu sendiri mempunyai keunikan yang tersendiri. Kalau anda nak melihat suasana pekan KKB, pergilah tonton "Baik Punya Cilok", pekan yang mereka berlakon itulah pekan Kuala Kubu. Memang dahulu pun banyak pengambaran dijalankan di situ. Seperti "Assalamualaikum YB" kalau tak silap saya tajuknya.

SKKB1 adalah tapak asas saya dalam perjalanan seni saya. Walaupun pertama kali saya memegang mikrofon adalah semasa berusia 6 tahun, saya bukan menyanyi. Saya hanya membaca sajak. Namun, semasa di KKB, saya pun tak tahu bagaimana Cikgu Zahari dapat mengesan saya boleh menyanyi dan memasukkan saya dalam pasukan koir sekolah. Seterusnya menjadi vokalis kumpulan nasyid dan nyanyian solo. Atas tunjuk ajar beliau yang mengajar saya koir, dan dengan izin Allah, saya mampu untuk mengajar sendiri pasukan nasyid SDAR dan berjaya mencipta lagu. Memang beliaulah yang menuntun saya untuk menjadi seorang yang berseni. Lagipun, memang bapa saya pakar menulis sajak dan sampai sekarang saya belum pernah berjaya menandingi bapa saya. Agaknya kalau saya tak masuk koir dan nasyid, saya menyanyikah sekarang? Saya akan mengkaji lagu-lagukah? Dan yang kelakarnya, semasa di sekolah dahulu, bila ada training koir atau nasyid semasa kelas, saya amat gembira kerana dapat escape kelas.

Akhir sekali, KKB memang ada tempat di hati saya walaupun ramai kenalan saya yang saya telah pudar dari ingatan saya. Lagipun, saya memang kurang gemar berhiruk-pikuk, dan memang itu tak baik untuk hubungan sesama manusia. Jumpa lagi di entri tahun baru. Assalamualaikum dan jumpa lagi.

p/s: Gambar memang sebuah mesin masa Baca lagi>>

Friday, December 11, 2009

Nationality atau Religionity?

Assalamualaikum...

Kalau anda sedar, dah lama saya tak menulis artikel(?) sejak dari lebih kurang minggu peperiksaan sehingga entri yang lepas mengenai lagu baru untuk junior nasyid saya. saya sedar juga, sekarang musim cuti bagi kebanyakan Universiti dan musim cuti sekolah. Makanya, tak ramai yang akan membaca blog saya(waktu bukan cuti pun tak ramai yang baca blog saya). Tapi sepertimana yang selalu diuar-uarkan, saya takkan berhenti selagi nafas saya belum terhenti. Saya tak kisah kalau tak ramai baca blog saya, asalkan ada yang membaca, saya masih berpuas hati. Lebih menyenangkan, kalau yang membaca lebih memahami isi tiap-tiap entri yang saya keluarkan. Untuk entri kali ini apa yang akan saya ceritakan? Rasanya saya akan ceritakan tentang nationality atau religionity.

Saya agak terkilan dengan keadaan semasa di dunia sekarang ini. Hayati hadis ini dari perspektif yang lebih meluas.
Sabda Rasulullah SAW: " Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri."(dari Anas RA diriwayatkan Muslim RH)
Ketika di zaman Rasulullah sehingga zaman khalifah dahulu, mereka sangat mengambil berat tentang saudara seIslam mereka di mana jua mereka berada. Bila berakhirnya zaman pemerintahan berkhalifah dan diganti dengan sistem orientalis yang tak diambil dari sistem Islam, prinsip divide and conquer telah mengambil alih corak pemerintahan dunia, tiada lagi konsep menyayangi saudara mereka. Bila kes kekejaman Islam di merata-rata dunia, mereka hanya tahu memprotes dan mengutuk di mana-mana. Apa peranan negara-negara Islam sebagai saudara merereka? Jika dahulu pasti si khalifah akan menghantar tentera untuk mempertahankan saudara mereka? pastinya hari ini alasan yang akan diutarakan adalah seperti berikut: "Kita tak memilih keganasan. Islam bukanlah agama keganasan." Memang Islam bukan agama keganasan. Tapi dalam kes ini, sudah terang-terangan pihak lawan yang menyerang dahulu. Bukankah wajib diperangi orang-orang yang memerangi kita? Kita tak memulakan peperangan, tapi musuh-musuh Islam yang memulakan dahulu. Memang pilihan untuk berdamai sebagai pilihan utama, tapi bila saudara-saudara kita menjadi mangsa, masihkah perlu kita berlembut? Itulah yang menjadikan musuh-musuh Islam mampu memijak-mijak kita, malah melabel kita sebagai pengganas. Walhal, merekalah pengganas yang sesuka hati membunuh anak-anak yang tak berdosa.

Saya sangat membayangkan yang Malaysia, atau Indonesia atau mana-mana negara Islam menyumbang kekuatan tentera mereka untuk mempertahankan saudara-saudara mereka. Dimana letaknya fungsi OIC? Memanglah kalau nak diikutkan kekuatan ketenteraan mereka serta teknologi mereka jauh lebih canggih kalau nak diikutkan masa kini. Namun, yang memberi kemenangan itu tak lain tak bukan, Allah SWT. Biar satu dunia tahu tentang kesatuan Islam. tak perlu sorok-sorok. Memang OIC ada memainkan peranan mereka dalam memajukan negara-negara Islam, tapi saudara-saudara kita yang tertindas memerlukan kita untuk bertahan. Kemudian, bijak pandai-bijak pandai Islam buatlah kajian-kajian untuk memastikan kita punya teknologi-teknologi yang lebih hebat dan tak perlu lagi meminta bantuan dari musuh-musuh Islam. Sedarlah saudara-saudaraku...Kalaulah dengan tiba-tiba, dengan izin Allah, pemimpin-pemimpin negara Islam membaca entri ini dan memahaminya, saya harap mereka pertimbangkanlah berdasarkan hadis yang saya beri tadi...Memang pembangunan negara kita juga perlu agar negara tak ketinggalan. Tapi tanggungjawab kita dengan saudara-saudara kita juga perlu dilaksanakan. Maaf andai kata-kata saya ini keterlaluan, saya kurang percaya dengan tentera PBB dan sebagainya. Saya lebih senang dengan tentera OIC kalau ada. Maafkan saya kalau OIC memang ada tentera dan saya tak tahu.

Nationality memang penting tapi untuk kita orang Islam religionity lebih penting. Saya rasa pasti akan ada rasa kurang senang kepada orang bukan muslim untuk membaca entri ini. Jangan risau, sekiranya benar benda yang saya usulkan ini jadi kenyataan, anda tak akan diperangi sekiranya anda tak memerangi Islam. Memang Islam itu agama yang sejahtera. Jangan risau. Namun, sekiranya anda memerangi Islam, memang Islam akan bertegas dengan orang yang memerangi Islam. Anda juga akan dilindungi bila anda bernaung di bawah pemerintahan Islam. Jangan anda rasa dengan pemerintahan Islam, orang bukan Islam akan dipinggirkan.

Kesimpulannya, sebagai seorang warga negara, anda perlu ada nationality, dan sebagai seorang muslim yang sangat perlu menyayangi saudara seIslam kita, religionity lebih penting. Allah is The One and Number One...
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League