Tuesday, April 6, 2010

Mengapa? (Maaf panjang sikit, luahan hati lah katakan...)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Pertama-tamanya sekali, hamba ingin meminta maaf sekiranya anda semua bosan dengan topik yang agak sama sahaja buat masa ini. Iaitu entri mengenai Din Beramboi. Mengapa? banyak yang boleh dikupas tentang perkataan tersebut.

Jujur hamba katakan, sebenarnya hamba memang meminati Din Beramboi atau Mior Ahmad Fuad sejak dari awal kemunculannya dalam mainstream dunia seni tanahair kita. Tapi hamba ni jenis senyap sahaja. Lagipun, dahulu tak ramai meminati beliau kerana tak dapat nak menyesuaikan dengan lawak kasarnya itu. Jadi hamba meminatinya dalam senyap sahaja. Tapi semenjak beliau masuk era, dan hamba pun sudah ada laptop, hamba pun sentiasalah download update segmen-segmen beliau dalam riuh pagi@era. Teman serumah sudah naik bosan dengan hamba yang tak pernah penat-penat mengulang benda yang sama dan ketawa benda yang sama. Hamba juga telah sedar yang peminat beliau telah bertambah ramai. Baguslah untuknya. Selama mana yang kenalan hamba mengenali hamba, hamba seorang yang pasif dan pendiam walaupun hamba seorang penyanyi sekolah dahulu. Jadi agak janggal jugalah untuk hamba yang pasif ini meminati lawak sawan Din Beramboi. Tapi memang itu kebenarannya. Hamba memang sangat meminati komedi. Hamba juga kalau dianugerahkan bakat berkomedi, hamba sangat bersyukur. Tapi setakat ini hamba masih belum mampu membuat orang ketawa terbahak-bahak dengan jenaka hamba (jenaka ke?). Mungkin juga hamba tak berani nak berjenaka kerana takut berhadapan dengan reaksi orang lain.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup hamba juga, hamba menangisi pemergian artis. Hamba tak pernah menangisi pemergian artis-artis di dunia hatta Sudirman sekalipun kerana Sudirman pergi ketika hamba baru hendak memasuki tiga tahun(Mungkin menangis mintak didukung adalah kot...). Mengapa hamba menangis? Bukannya hamba pernah jumpa beliau pun? Jawapannya adalah kerana beliau memberi kesan dalam hidup hamba. Ternyata sekiranya orang yang sering memberi kita kesan dalam kehidupan seharian kita, apabila beliau tiada, terasa kejanggalan pada hari-hari mendatang. Kerana sudah menjadi rutin hamba untuk setiap hari Isnin hingga Jumaat, hamba akan periksa podcast era untuk memuat turun drama sebabak atau sawancara terbaru. Sekarang kalau anda semua buka podcast era, ianya telah tiada. Anda terlambat. Hanya tinggal pautan untuk dedikasi untuk beliau sahaja yang ada. Kini, tiada lagi episod-episod baru sawancara mahupun drama sebabak. Akan hamba mainkan sahaja semula ulangan yang lama berulang-ulang kali sehingga hamba muak dan akhirnya dapat menerima ketiadaan beliau lagi. Harap-harapnyalah...Kini, hero Sawancara dan drama sebabak sudah tiada dan musim ini sudah tamat. Kalau ada musim baru dan orang baru, hamba terima dengan hati terbuka asalkan ia menghiburkan dan menyenangkan hati hamba. Tak kisahlah kalau tak sama cara penyampaiannya asalkan ia menghiburkan. Bukan mudah untuk memuaskan nafsu komedi hamba ya? kalau hamba menonton raja lawak, hamba susah nak ketawa sebab entah apa agaknya yang kelakar tentang persembahan pesertanya. Hamba tonton raja lawak pun kerana pengacara dan Din Beramboi.

Mengapa harus diburuk-burukkan orang yang telah tiada? Dalam facebook,ada orang-orang yang tak berpuas hati dengan Din Beramboi mungkin kerana lawak kasarnya itu. Meskipun tak seramai yang menyokongnya, tapi masih ada orang-orang yang macam ini. Sudah-sudahlah...Beliau dah tiada dah pun...dahulu semasa raja lawak, ada orang tegur beliau bergurau dengan menyebut hanjing...Beliau dengar teguran itu dan sedia meminta maaf atas ketelanjurannya itu. Biasalah orang bergurau kadang-kala tak sedar gurauannya itu mengguris perasaan. Itulah gunanya peminat untuk menegurnya. Silap-silap kalau beliau baca entri teguran hamba kepada beliau, mungkin beliau akan mendengarnya. Sekali lagi, sudahlah tu...Anda sibuk menganjingkan orang, kita pun apa kurangnya. Kita tengok dari segi teguran itu, kalau caranya baik dan berhemah, itu maknanya ikhlas nak betulkan. Kalau teguran itu pun guna bahasa kasar dua kali lima, itu namanya nak cari gaduh namanya...dan ternyata datang dari nafsu amarah. Siapa nak respek kan? Ada otak gunalah...Satu lagi anda tak biasa sedar, adakalanya gurauannya itu menyindir sinis perilaku buruk kita. Kita sahaja tak sedar dan tahu-tahu sahaja dah jatuhkan hukuman. Itu lumrah manusia sekarang. Tak tahulah orang melayu sahaja atau satu dunia macam itu. Telan sahajalah hakikat yang pahit itu.

Akhir sekali, hamba akan merindui Din Beramboi. Hamba tak tahu bila rindu ini akan terubat, tapi bukan hari ini atau esok. Room mate hamba bilang hamba macam orang angau dah jatuh cinta gamaknya. Memang hamba akan sentiasa merindui lawakmu Din Beramboi. Lihat di ruangan borak Paknil dan blog Paknil serta sedutan wawancara (Bukan Sawancara...) Paknil di monitor screen laptop hamba menerusi youtube, tanpa hamba sedari air mata jantan(ha???) hamba mengalir dan tak dapat ditahan lagi. Hamba tahu hamba harus merelakan beliau pergi kerana itu takdirnya dan ajalnya tak boleh ditunda, namun hamba tak boleh menipu diri sendiri bahawa hamba sukar melepasnya pergi. Namun hamba akan cuba untuk membiasakan diri tanpa suaranya lagi. Gara-gara menangisi pemergian beliau, hamba terus selsema sampai ketika ini juga. Cuma dah kuranglah selsema itu. Hari Ahad hamba demam...

Wassalam...

p/s: walaupun hamba mungkin bukan peminat nombor satu, mungkin berjuta kot, tapi Din Beramboi tetap dekat di hati peminatnya dan hamba sendiri. Dan ini adalah entri ke 90...peace... Baca lagi>>

Friday, April 2, 2010

Ku tekan butang main, kau tekan butang henti...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Telah tiba semula waktu minimum yang dijanjikan...hamba berjanji akan menyambung semula blog ini sekurang-kurangnya setelah album baru V6 keluar bukan? memang masanya untuk memainkan semula blog ini telah tiba, tapi ada pula berita sedih yang dikhabarkan. Anda masih ingat entri ini? Inilah kisahnya...

Lebih kurang pukul 1 lebih pagi ini, hamba sambil-sambil melayari facebook, hamba ternampak status beberapa teman yang mengatakan Din Beramboi telah meninggal dunia. Hamba pun check lah facebook Afdlin Shauki, Era FM dan Aznil Hj Nawawi. Memang agak sahihlah berita itu kerana sumbernya yang boleh dikira rasmi jugalah. Sejurus sahaja hamba mendapat tahu berita tersebut, hati hamba berasa sebak kerana memang hamba akui, memang hamba peminatnya. Koleksi sawancara dan drama sebabak kebanyakannya hamba ada dan sentiasa hamba mainkan. Untuk pengetahuan semua, hamba ini peminat komedi meskipun hamba kurang pandai berkomedi. Hamba menonton Raja lawak pun kerana pengacara dan jurinya iaitu Din Beramboi. Hamba masih sedang buntu untuk menulis apa sebenarnya. Mungkin akan hamba cipta lagu untuk memperingatinya nanti.

Bagaimana agaknya pagi di era nanti?
"Aku tekan butang main, Kau tekan butang henti,
Bagi ku tiada yang lain, Kau telah pergi..."

Baca lagi>>

Saturday, March 13, 2010

Pause...Tapi ada isu terakhir sebelum berehat...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Sepertimana yang tuan-tuan dan puan-puan sedia maklum, seperti tajuk diatas dan seperti yang diuar-uarkan di laman sosial facebook hamba, hamba akan berhenti rehat seketika dari menulis di blog peribadi hamba ini, namun blog "Iqbal Nasir di Khutbah Jumaat" hamba akan "consider"kan untuk meng"update"kannya. Itupun, sekiranya khutbah minggu ini hamba tak update, bermakna sudah 2 minggu berturut-turut hamba tak meng"update" blog khutbah itu. Dan juga tiada sumbangan untuk 2 minggu berturut-turut dan tiada pembaca yang berminat untuk me"refresh" rohaninya sekurang-kurangnya seminggu sekali. Paling awal, hamba akan kembali menulis awal bulan hadapan. Selepas album baru V6 keluar. Paling lewat, sehingga habis semester ini. Baiklah, berbalik kepada isu terakhir kita sebelum hamba berehat...

Saja hamba tak beritahu isu apa yang ingin hamba kupas, supaya sama-sama kita baca ya? Isunya adalah tentang bola sepak negara kita. Hamba minat bola sepak. Hamba gila main PES 2010. Hamba adalah juga jenguk-jenguk perkembangan bola sepak luar negara. Namun, hamba sangat mengutamakan bola sepak tempatan. Maaf kerana membuka pekung, tapi hamba tak beritahu nama, ada saudara hamba bila hamba kata hamba tak layan sangat liga luar negara, tengok highlight sahaja. Tapi hamba layan liga Malaysia. Dia tergelak kecil. Kenapa? Buruk sangatkah mutu bola sepak kita? Pernahkah dia tonton perlawanan liga Malaysia di televisyen sekurang-kurangnya. Hamba mengaku, hamba tak pernah ke stadium untuk menonton bola, namun abang hamba rajin ke stadium Shah Alam menonton perlawanan melibatkan Selangor. Lagipun, hamba tak biasa dengan keadaan yang sesak dan hingar-bingar di stadium dengan caci maki dan sebagainya. Tapi keinginan itu ada. Tapi hamba rajin cari di youtube highlight perlawanan liga Malaysia. Lagipun di sini tiada televisyen bukan? streaming TV atau radio pun tak boleh. Tapi percayalah, mutu bola sepak kita sedang meningkat. Bukanlah secara mendadak tapi bukalah mata anda semua. Permainan semakin kemas dan sebagainya. Ingat,
"Rome wasn't built in a day", kalau cepat meningkat, InsyaAllah cepat jugalah turunnya.

Hamba sangat menyokong perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan. Kalah pun hamba tak kisah, hamba masih berada di belakang mereka menyokong dengan sepenuh hati. Pasukan Brazil pun pernah kalah. Pasukan England lagilah sekali sahaja menang world cup. Hebat betul kalau tak boleh nak kalah. Tiap-tiap pemain ada naik dan turunnya. Mereka manusia dan bukannya robot. Mereka ada emosi. Mungkin emosi mereka terganggu menyebabkan tumpuan mereka terganggu. Berilah peluang, andainya nak mengkritik, berilah kritikan yang membina. Ini tidak, silap sikit habis dikondemnya.

Ada satu lagi golongan, bila nampak sahaja pasukan Malaysia mula meningkat naik, pandai-pandai buat persepsi. Contohnya hamba "quote"kan ya?
"Alah, time ni bagus la. Lepas tu pergi disko la, tak berdisiplinlah"dan sebagainya.

Satu sahaja komen hamba terhadap golongan ini. Bukankah anda tahu percakapan kita itu satu doa? Andainya mereka tidak bersikap demikian sebelumnya, tak mustahil ia akan jadi kenyataan dek kerana mulut-mulut golongan ini dan hamba percaya bukan seorang dua sahaja termasuk dalam golongan ini, ramai lagi. Dan kerana itulah mungkin doa golongan ini dimakbulkan. Bukankah lebih baik kita katakan
"Harap-harap lepas ini mereka akan konsisten dan tetap berdisiplin dan menjadi lebih bagus demi untuk negara."

Bukankah elok kalau doa itu dimakbulkan? Fikir-fikirkan. Tujuan golongan ini kadang-kala sebagai ujian provokasi sahaja terhadap peminat skuad negara untuk menguji sejauh mana kesabaran mereka. Tapi hamba dah tak terpengaruh dengan provokasi seperti ini lagi. Cuma hamba risau apa yang dikatakan menjadi kenyataan.

Akhir sekali, hentikanlah usaha-usaha menjatuhkan moral skuad negara kita ya? Mereka nak mencuba memperbaiki nama negara kita dipersada bola sepak dunia. Cuma, berilah masa. Sudah ada peningkatan sebenarnya. Negara kita juga akan harum nanti. Nak agungkan negara luar? jangan jadi warganegara Malaysia. Jadilah warganegara Ghana atau Korea kerana mereka dah layak masuk piala dunia bukan? Rasanya golongan yang macam ini seperti ada sahaja nak mencari sedaya upaya point yang boleh dikutuknya. Dalam entri ini, hamba tak ingin langsung nak bercerita tentang politik dalam FAM. Naik muak dan nak muntah memikirkannya. Hamba cuma sayangkan pasukan kebangsaan sahaja. Pandir-pandir FAM lah nak buat dosa atau pahala.



Did I mention I like Safee Sali?


Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League