aku tahu yang ini bukan jalan penyelesaiannya, malah
mungkin membawa lebih salah faham.
Tapi bila aku renung sekeliling, aku sedar aku tak
punya siapa untuk aku menangis di bahunya
Aku sedar aku tak punya siapa,
Aku hanyalah kambing hitam dalam golongan elit.
Agaknya apakah yang ditulis sang malaikat bila aku
dalam kandungan.
Aku tak boleh mempertikaikan mengapa aku wujud di
dunia ini.
Aku sedar aku tak punya siapa,
Kerana tak siapa dapat mengerti apa yang ada di hati aku ini.
Masih belum masanya,
Untuk aku meraih rezeki yang aku hendakkan.
Masih belum masanya
untuk aku menggenggam tangan di udara bila aku berada di puncak.
Aku sedar aku tak punya siapa,
Mukaku kering namun hatiku basah dengan air mata.
Apalah guna aku menangis andai tiada siapa mengerti
sakit hati ini.
Segala yang aku buat semuanya disalah erti.
Tiada yang betul apa yang aku lakukan.
Masih belum masanya, namun ku terus dijadikan boneka
untuk aku lalu jalan pintas yang lebih singkat.
Bila tiba masanya, aku akan tersenyum puas melihat
kedukaan yang telah aku lalui...
p/s: Aku paling panas bila dah macam-macam aku buat, itu ini, ada orang rileks je cakap aku rileks goyang kaki je...
Baca lagi>>