Thursday, December 2, 2010

Review football (Soccer) match Malaysia vs Indonesia

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Sepertimana yang dijanjikan di status hamba awal pagi tadi(rujuk status facebook hamba), hamba akan membuat review tentang perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Indonesia.
PERINGATAN!!!
Entri ini bersifat neutral. Jadi terima pendapat hamba seadanya. Kalau tak setuju, tak mengapa.

Hamba pointkan sahaja agar mudah dan ringkas.

1. Shebby pun puji Malaysia.

Sepertimana yang kita tahu, sebelum ini shebby sering mengkritik kaw-kaw pasukan bolasepak Malaysia, iaitu sebelum B.Sathianathan jadi coach. Dia jelas mengatakan sekarang team Malaysia lebih stabil, dengan permainan passing dari pertahanan ke midfielder, dan dari midfielder ke striker. Kalau dahulu; Long pass, dan shoot dari jauh. Kini banyak pass dan gerakan cantik dibuat.

2. Defensive line terlalu teruk

Kalau anda menonton, pastinya sakit hati kerana kebanyakan pertahanan hanya jadi penonton sahaja. Gol-gol kebanyakannya salah defence, bukan goalkeeper. Mereka langsung tidak memberi banyak tekanan kepada barisan serangan pihak lawan. Perkara ini sama berlaku sejak sukan Asia lagi. K.Rajagopal perlu tengok dan betulkan perkara ini. Dah banyak kali jadi dah ni.

3. Midfield dan striker dah main cantik

Kalaulah barisan pertahanan dapat menjalankan tugas mereka sebaik midfielder dan striker menjalankan tugas, alangkah baiknya. Lebih tepat lagi, kalau mereka bertahan sebagaimana barisan pertahanan Indonesia, alangkah baiknya. Barisan midfield dan serangan sangat baik. Lihat sahaja bagaimana safee sali dengan tenang melepasi pertahanan dan menjadi 'assist' kepada gol Malaysia. Cuma, selepas itu pertahanan Indonesia bermain sangat bagus. Sampai nak buat through pass pun susah. Tahniah kepada barisan pertahanan Indonesia.

4. Ketika gol ke 5 Indonesia, dah nampak barisan pertahanan dah kepenatan dan malas.

5. Ini mungkin tak ada kena mengena, tapi hamba sedikit sensitif bila melihat pasukan negara Asia tenggara tiba-tiba ada pemain Caucasoid dan Negroid. Apa kejadahnya asia camtu? Kalau pemain tu mix macam Syed Adney at least namanya memang gaya orang Malaysia. Ini pandangan peribadi sahaja. Sebab dahulu Indonesia tak guna pemain yang bernama Cristian Gonzalez, maaf kalau salah eja. Namanya dah tentu kedengaran nama dari Amerika Latin. Sebelum ini hanya Singapura sahaja selalu guna pemain import dalam pasukan kebangsaan mereka, tapi kini Indonesia pun sama juga? Hamba sangat berharap agar pasukan Malaysia tak buat perkara ini, kalau tidak agak segan jugalah hamba untuk menyokong mereka.

6. Sebagai penutup, PASTIKAN BACA INI!!!

Walaubagaimanapun, hamba tetap menyokong pasukan negara meskipun mereka dalam kekalahan, hamba nak jadi penyokong beretika, iaitu bukan sokong masa naik saja, masa jatuh pun hamba akan sokong mereka. Hamba baru-baru ini ada hamba Allah kata "Mereka ni tak ada jati diri, bila senang, pergi clubbing". Hamba terfikir sejenak, beliau mempersoalkan jati diri pemain tersebut, tapi bagaimana dengan jati dirinya? Pernah ke beliau mengikuti perkembangan perlawanan-perlawanan pasukan negara? Macam mana beliau nak tahu pasukan negara tengah develop atau tidak? Kalau tengok satu dua game, kebetulan Malaysia kalah. Memanglah nampak Malaysia tak bagus. Kalau asyik tak sokong team Malaysia, mana jati dirinya?

Fikir-fikirkanlah.

Wassalam.
Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League