Firstly, this post is in Malay.
Sekarang aku dah kembali setelah berehat panjang dari menulis blog sebab ada Final Exam.Tapi dah lame abis dah. Saja nak berehat panjang.
Cerita yang aku nak kongsi ni, apa yang aku lihat sendiri dalam family aku. Ia lebih kurang macam virus yang menular la dalam Family aku ni. Apakah dia?
Itulah globalisasi dan kesan negatif globalisasi ini telah pun melanda family aku. Aku bukan nak berbincang dari aspek ekonomi sebab itu adalah bidang yang aku tak tau apa-apa mengenainya.
Apa yang aku nak cakap ialah kehadiran penjajah era baru, iaitu lagu luar. Siapa yang membuka pintu untuk penjajah ini? Orang kita sendiri yang mengalu-alukan kehadiran penjajah ini untuk menutup periuk nasi orang kita. Kalau kat radio, terutamanya radio swasta, berlumba-lumba untuk memutarkan lagu-lagu terbaru dari mereka. Kadang-kala, orang kita sendiri tak tahu lagu-lagu terbaru tempatan kerana radio sibuk memutarkan lagu luar. Orang kita pun terpikat dengan lagu mereka dan membuat permintaan lagu sekaligus memberi alasan kepada pihak radio dengan menyatakan itu permintaan pendengar. Tetapi kalau pihak radio tak memperkenalkan lagu tersebut pada permulaannya, bagaimana pendengar nak tahu lagu terbaru dari mereka.
Aku akui bahawa aku pun minat dengan lagu dari luar terutamanya jepun, namun pada masa yang sama, aku tak menutup periuk nasi karyawan tempatan, aku masih membeli album original tempatan, aku turut menghafal lagu-lagu tempatan dan luar. Namun apa yang berlaku seolah-olah karyawan kita dianaktirikan dan terasing di negara sendiri. Orang kita tidak ambil endah dengan perkembangan karyawan tempatan. Mujurlah kehadiran indie band memberi saingan terhadap mereka. Aku dah sibuk dan penat memberi sindiran sinis terhadap orang-orang terdekat aku. Cuma mereka lebih suka dengan karya-karya dari luar yang 'plastik'yang mana akhirnya tidak memberi kesan pun terhadap artis kesayangan mereka.
Wang negara telah banyak mengalir keluar hasil dari pendatang tanpa izin dan kini lebih parah lagi apabila mereka telah menjajah gegendang telinga kita, merobek kesantunan kita dengan pergaulan yang semakin bebas. Walaupun kita mahu maju kehadapan, kita perlu belajar dari sejarah supaya tidak berulang kesilapan yang sama. Sama-samalah kita fikirkan...
ja, mata ne,
Baca lagi>>
Arashiyama part 2
7 years ago