Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Hamba sebenarnya dalam pembikinan untuk entri seterusnya, kerana hamba memang sedang dalam mood malas-malasan lagi. Namun, kerana terbaca entri rakan hamba yang ini, hamba buat juga entri boleh dikira pendek ini.

Seperti kita semua tahu, untuk penganut ajaran kristian, mereka menyambut krismas sempena hari kelahiran Jesus mereka. Kita juga boleh menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW yang kita cintai walaupun pada zaman Rasulullah SAW tiada pun sambut hari kelahirannya, namun bersederhanalah. Dengan sambutan ini, sama-samalah kita mengingati manusia yang paling kita sayangi dan sama-samalah kita banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita. Sampai di sini sahaja entri pendek ini, nantikan entri seterusnya beberapa hari sahaja lagi dari sekarang. Hamba tinggalkan anda dengan lagu track pertama dari album terbaru Mirwana: Bumi akhir usia yang bertajuk "Muhammad SAW (The Arrival)"



Baca lagi>>

Friday, February 12, 2010

Sinopsis lagu SEDAR...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Hari ini hari Jumaat, atas permintaan junior hamba, hamba bagi juga sinopsis lagu "SEDAR". Katanya ada part yang dia tak faham. Tak mengapa, ini sinopsisnya.
(Oh, hamba mengaplikasikan konsep programming dalam ini, kalau ada tanda "//" tu maksudnya untuk komen. Selain tanda "//", komen juga boleh ditulis sebagai /*komen disini*/. Ia sebagai penerangan terhadap program yang sedang anda tulis, ia tak akan menggangu coding anda.) Tengok, dapat kita sedikit ilmu programming bukan? Sekiranya anda pembaca infinitesane ada terdiri dari jurutera atau petani, anda tak akan rugi sekiranya anda belajar ilmu programming ini. Ayuh kita runtuhkan tembok pemisah antara kita, ayuh pelajari juga ilmu yang bukan "mainstream" kita. Lebih-lebih lagi kita sekarang berada di perang digital. Ayuh kita bangkit dan tunjukkan "harimau" kita.

SEDAR

Hidup ini sementara
Bila tiba waktunya
Adakah kita bersedia

//Hamba rasa semua faham kot soalan diatas ini.

Oh, Perjalanan hidup ku singkap
Segalanya hitam dan kelam
Namun syukurku kepadaNya
Ku temui jalan semula
Awan gelap berlalu akhirnya

//Ini pengalaman hidup seseorang yang dahulunya tak begitu baik, maksudnya dia melupakan cinta pertamanya

Oh, Kesilapan ku pengajaran
Lantas ku jadikan pesanan
Engkau aku haruslah sedar
Agar tak berlaku semula
Kini ku harap tak kau lakukan

//Dan kini, menjadi tanggungjawabnya untuk menyedarkan orang lain agar tak melakukan kesilapan yang telah dia lakukan. Bukankah pengalaman itu guru.

Ya Allah jangan palingkan kami
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya telah kami sedari
Inilah mainan dunia

//Dua ayat pertama datang dari doa dari surah Al-Imran ayat 8, pergi buka terjemahan Al-quran dan cari maksudnya, hamba tak nak beritahu maksudnya. Kita selalu baca doa ni, tapi kita faham ke? Dua ayat atas itu bukanlah betul-betul maksudnya. Cuma intisari ayat itu sahaja. Dua ayat kemudian itu hamba rasa tak tersirat.

Kembalilah ke pangkal jalan
//Ajakan supaya kembali ke jalan yang sebenarnya
Bukan jalan yang sesat
//Tapi berhati-hati dengan option lain yang mengelirukan
Jika percaya Ilahi
Takkan kau terhenti
//Bila kita beriman dengan Allah, tiada apa dapat menghalang kita.
Harumnya wangian kasturi
Harum lagi syurgawi
//Dunia ini tak "real", yang "real" akhirat nanti.
Kami tak ingin sedar sendiri
Ku tak ingin jadi orang yang rugi
//Rasanya dua ayat ini boleh faham kot. Kalau tak faham, lihat penjelasan di hujung lagu ini.

Oh, Kesilapan ku pengajaran
Lantas ku jadikan pesanan
Engkau aku haruslah sedar
Agar tak berlaku semula
Kini ku harap tak kau lakukan

Ya Allah jangan palingkan kami
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya telah kami sedari
Inilah mainan dunia

Kembalilah ke pangkal jalan
Bukan jalan yang sesat
Jika percaya Ilahi
Takkan kau terhenti
Harumnya wangian kasturi
Harum lagi syurgawi
Kami tak ingin sedar sendiri
Ku tak ingin jadi orang yang rugi
Kami tak ingin sedar sendiri
Kami tak ingin jadi orang yang rugi

Apa erti saudara
Kitakah kerugian

//Bukankah kita semua bersaudara? Jadi perlulah kita saling ingat-mengingati. Kerana apa? pergi cari maksud surah Al-’Asr.



p/s: Hamba ada buka satu blog baru, "Iqbal Nasir di Khutbah Jumaat" sesiapa nak berkongsi intipati khutbah jumaat yang mereka dengari, boleh email ke: iqbalnasir@live.com
Tak perlu terlalu berat, sekadar ringan dan santai serta perkaitan dengan isu semasa. Baca lagi>>

Thursday, February 4, 2010

Akhirnya, lagu SEDAR siap... (updated)

Akhirnya...At last...siap juga lagu baru untuk pasukan nasyid Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) yang bertajuk SEDAR...kali ini, saya mengambil masa yang sangat lama untuk menyiapkan sebuah lagu, belum pernah saya mengambil masa berbulan-bulan untuk menyiapkan sebuah lagu. Sebenarnya memang susah untuk kembali berkarya kerana saya memang sudah lama tak aktif membuat lagu. Untuk lirik lagu ini, anda kena klik "click for the rest entry". Kalau anda ada idea dan pandangan tentang lirik lagu ini, anda nak ubah sikit ke lirik dia...dipersilakan...tapi bilangan suku kata bagi tiap-tiap baris tak boleh lari...mesti sama...kalau boleh especially warga SDARians bagilah pandangan...tapi lagunya saya tak boleh lampirkan lagi kerana saya pun belum 'combine'kan lagu dengan lirik...Jadi silalah beri komen dan pendapat...saya akan terus mencuba membuat lagu...

SEDAR

Hidup ini sementara
Bila tiba waktunya
Adakah kita bersedia

Oh, Perjalanan hidup ku singkap
Segalanya hitam dan kelam
Namun syukurku kepadaNya
Ku temui jalan semula
Awan gelap berlalu akhirnya

Oh, Kesilapan ku pengajaran
Lantas ku jadikan pesanan
Engkau aku haruslah sedar
Agar tak berlaku semula
Kini ku harap tak kau lakukan

Ya Allah jangan palingkan kami
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya telah kami sedari
Inilah mainan dunia

Kembalilah ke pangkal jalan
Bukan jalan yang sesat
Jika percaya Ilahi
Takkan kau terhenti
Harumnya wangian kasturi
Harum lagi syurgawi
Kami tak ingin sedar sendiri
Ku tak ingin jadi orang yang rugi

Oh, Kesilapan ku pengajaran
Lantas ku jadikan pesanan
Engkau aku haruslah sedar
Agar tak berlaku semula
Kini ku harap tak kau lakukan

Ya Allah jangan palingkan kami
Setelah kau beri hidayah
Sesungguhnya telah kami sedari
Inilah mainan dunia

Kembalilah ke pangkal jalan
Bukan jalan yang sesat
Jika percaya Ilahi
Takkan kau terhenti
Harumnya wangian kasturi
Harum lagi syurgawi
Kami tak ingin sedar sendiri
Ku tak ingin jadi orang yang rugi
Kami tak ingin sedar sendiri
Kami tak ingin jadi orang yang rugi

Apa erti saudara
Kitakah kerugian

Pencinta Ilahi
Iqbal Nasir 23:54
16 Zulhijjah 1430


p/s: Baiklah, hamba dah upload lagu ini buat junior2 hamba, boleh download di sini. Maaf, ia password protected. Hamba kasi orang tertentu sahaja untuk memuat turun. Lirik pun boleh dimuat turun di sini. Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League