Wednesday, November 25, 2009

Yang Benar

Di satu sudut
Di ruang terpencil
Ada rahsia
Rahsia yang cukup abstrak

Siapalah aku untuk menyelaminya
Dapatkah kau mentafsirnya
Engkaukah hakimnya
Akukah tertuduhnya

Adakah zahir itu bukti
Adakah kulit itu pasti
Dalam kabus ada sinar
Dalam suci ada sirna

Jalan lurus tak semestinya tepat
Kerana lurus mungkin bengkok
Bergerak dalam menentang vektor
Adakala diri tak sedar dirasuk

Ternyata diri ini masih belum selesai diselongkar
Ternyata diri ini masih belum menang
Menang untuk menguasai diri
Menang untuk menemui yang benar

Dalam perjuangan kononnya suci
Adakah Allah ada disisi?
Betapa aku masih jauh
Untuk ku dekat kepadaNya

Yang Benar,
Pemuja Ilahi
Iqbal Nasir
15.33 8 Zulhijjah 1430
Klang

Baca lagi>>

Monday, November 16, 2009

Tak seperti dulu...

Sesiapa pun bisa berubah
Dari buruk kepada yang baik
setelah diberi cahaya
Dari si khalik sang pencipta

Sesiapa pun bisa berubah
Dari baik kepada yang buruk
Setelah tersungkur dari musuh
Sang nafsu hebat menggoda

Sayangnya bila bunga cantik layu sebelum berkembang
Sayangnya bila gunung yang didaki hanyalah mimpi
Bila terjaga, tak seperti diimpi
Bila disedar, inilah realiti

Hati ini bagai dibolak-balik
Hati ini kini mengerti
Segala yang terjadi ada erti
Segala yang terjadi diperhati
Sesungguhnya Dia lebih mengerti
Kerana Dia memberi diri

Esokku harus lebih baik
Hatiku harus terus teguh
Jalanku pasti tak mudah
Nyawaku pasti di tanganNya

Pencinta Ilahi
Iqbal Nasir 0:20
28 Zulqaedah 1430


Baca lagi>>

Saturday, November 14, 2009

Bukan Sajak

Modenkah kita?
Bila kita mula mengorbankan Tuhan kita
Demi untuk kemajuan
Berbaloikah ilmu kita
Bila kita tak pohon izin dari tuannya
Sedarkah kita
Saban hari bersolat
Namun benarkah pengakuan kita kepadaNya?

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."

Benarkah Allah yang kau sembah?
Benarkah Allah tempat kau minta pertolongan?
Pastikah bukannya dunia yang kau sembah?
Pastikah bukannya ilmu yang kau minta pertolongan?

Apakah kau tak yakin Allah akan memodenkan kamu?
Mengapakah kau takut untuk mengubah kiblatmu
Dari hiburan kepada hakikat.
Kau bukannya jahil
Malah terpelajar
Yakinkah kau dengan syurga neraka?
Yakinkah kau dengan dosa pahala?

Mengapa Allah tak kau takuti?
Mengapa mereka yang kau jilat?
Mengapa murah benar menjadi pemuja mereka?
Ketahuilah, dunia yang mereka pegang tak bernilai dan sementara
Akhirat jua yang kekal dan berharga.
Tolonglah percaya.

Orang dulu dah bilang,
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian,
Bersusah-susah di dunia, bersenang-senang di akhirat.
Ayuh tewaskan senang-lenang kita, jom bersusah-susah,
Biarlah ia sebagai pelaburan yang pasti.

Pemuja Ilahi
Iqbal Nasir 0:50
26 Zulqaedah 1430

Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League