Saturday, August 6, 2011

A random entry today (mix English and Malay post)

Assalamualaikum and hello to Infinitesane visitor.

It almost a week I didn't update this blog. Well I'm sorry because I'm not telling you that in this Ramadhan month, I don't have much time at night. So, I couldn't update this blog. So I need to tell you all that this Ramadhan month I may not always update this blog like I used to be.

Let's start with the first topic, which I called "Hocus Bogus". I don't mean the Harry Potter Movies. Yes, I've watched the movie and Emma Watson is too pretty for me to handle. What I mean is the day before yesterday, I've read newspaper report on web browser reflection of their user. Which is Opera users have the highest IQ among other web browser's users. So, right now I'm using Opera to write this entry. Second place is shared by Mozilla Firefox and Google Chrome. The lowest user IQ is the Internet Explorer. Before this I always used Mozilla Firefox. I never used IE much. Here is a report which include bar chart as a "result"

My Opera


My Firefox


My Internet Explorer

Turns out? Yesterday same newspaper report that it's just a bogus report. Duh! Never mind. I just installed Opera a few days ago. Guess I'll just keep using Opera. I don't mind actually. There is not much difference among them though. That's all. Next is in Malay.

Kisah seterusnya, "Isu Dawama". Sebenarnya saya tak baca sangat tentang isu ini, hanya baca tajuk sahaja. Anda semua tahu bukan apa Dawama ini? Senang cerita Dawama ini macam brand buku bawah "Dewan Bahasa dan Pustaka". Saya malas nak ikut cerita ini bukan kerana saya kejam kerana isunya tentang periuk nasi mereka. Saya cuma tak berminat dengan ceritanya sepertimana kulit-kulit buku keluaran mereka. Istilah "don't judge a book by it's cover" memang dah tak boleh pakai dalam konteks buku zaman sekarang. Kalau dahulu mungkin boleh, tapi zaman dah berubah. Kita sering mengeluh tentang kekurangan golongan muda belia kita kurang membaca, ada baiknya mereka tampil mengeluarkan buku-buku yang mempunyai kulit buku yang lebih menarik kerana "first impression" memang penting. Begitu juga dengan font-font yang digunakan.

Tak ada kena mengena kan dengan isu tersebut? Hahaha, tak apa, saja nak tulis-tulis.

Itu sahajalah isu-isu yang saya ingin kupas dalam entri ini. Jumpa lagi di entri akan datang.

See you later, Jumpa lagi, Hasta Luego, Mata ne!
Wassalam...

(Read more = Baca lagi) Baca lagi>>

Monday, August 1, 2011

Hari pertama berpuasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane

Bagaimana dengan hari pertama anda berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini? Pada pandangan saya, hari pertama adalah hari penyesuaian diri untuk mode berpuasa. Seperti persediaan apa yang perlu dipersiapkan untuk menghadapi rutin berpuasa. Bulan Ramadhan inilah perut kita dapat sedikit rehat dibandingkan setiap hari bekerja untuk kita. Hari ini saya menghadapi dua masalah untuk hari penyesuaian. Pertama, hari ini rasa sangat mengantuk pada sepanjang masa. Kedua, sewaktu berbuka puasa saya telah makan "main course" dan menyebabkan perut penuh dan ingin ber"nyahtinja". Namun, tandas kedua-duanya telah fully booked. Makanya hari ini saya telah terlepas tarawih sebentar tadi.

Perancangan pada hari siang juga banyak yang tak menjadi kerana hari ini Nia yang masih belum sihat sepenuhnya perlu dijaga kerana neneknya tak larat. Juga kerana asyik terlelap menyebabkan apa yang dirancang tak menjadi. Harapannya esok lebih baik.

Sampai disini sahaja entri pendek saya. Jumpa lagi di lain kali.

Wassalam...
Baca lagi>>

Sunday, July 31, 2011

Ahlan wa sahlan wa marhaban ya Ramadhan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung Infinitesane.

Baiklah, seperti yang dapat anda semua lihat di video diatas, maka dengan rasminya esok kita semua sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadhan. Tak ada rasa "nervous" ke? saya selalu rasa "nervous" bila mana menjelang Ramadhan. Mula-mula sekali, jom kita recap apa maksud puasa. Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat (copy paste dari blog ini). Bukan hanya sekadar menahan lapar dan dahaga. Perkara-perkara yang membatalkan puasa bolehlah anda semua "google" sahaja, berlambak keputusannya. Kerana ini bukan kelas ibadat, sebaliknya kita nak cerita pasal puasa ini. Harap anda semua dapat "keep up" kalau entri ini panjang.

Baiklah, hari ini hari terakhir sebelum kita semua berpuasa pada esok hari walaupun waktu saya menulis entri ini jam sudah pun menunjukkan angka 11 malam. Kalendar Islam juga dikenali sebagai kalendar Qamariah (Bulan), manakala kalender yang biasa kita guna ni digelar kalendar Shamsiah (Matahari). Betulkan kalau salah. Maksudnya hari baru bagi kalendar Islam bermula saat bulan mula "terbit" berbanding kalendar biasa yang kita guna, hari baru bermula saat matahari mula terbit. Kiranya sekarang sudah pun masuk 1 Ramadhan. Petang tadi, untuk mengalu-alukan kedatangan Ramadhan, saya dan keluarga menikmati makanan Arab di kedai makan berdekatan.



Sejujurnya, saya tak pernah menghadiri tarawih pertama selain daripada semasa di SDAR dahulu, itupun rasanya puasa pertama biasanya saya pulang. Makanya, biasanya saya memang tak hadir tarawih pertama. Namun tadi, saya rasa serba salah kerana saya yakin tiada apa sangat pun yang akan dilakukan di rumah nanti. Rumah depan surau je (kalau perasan, kat video diatas dapat dengar speaker surau yang kuat time Ramadhan saja). Akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengerjakan solat tarawih. Lagipun, surau di depan rumah saya ni hanya buat 8 rakaat sahaja.

Sebenarnya ini suatu perasaan yang luar biasa, kerana buat pertama kali, kalbu saya bagai benar-benar berkata-kata dengan saya. Saya berjalan mundar-mandir di dalam rumah tadi. Dan sangat mengujakan kerana "dia" bagai bersungguh-sungguh mengajak saya. Macam ada "force" yang menarik saya sebentar tadi. Walau apapun keajaiban yang berlaku, saya bersyukur dan berterima kasih kepada suara dalam hati tadi yang jarang sekali bersuara dan mengajak saya mengambil kesempatan di bulan mulia ini.

Setibanya saya di surau, saya tidak dapat bersolat di ruang utama kerana telah penuh. Senario ini biasa dilihat di awal Ramadhan namun mula pudar menjelang akhir Ramadhan, stesen-stesen televisyen banyak menayangkan program-program menjelang raya yang menarik. Harap-harap tahun ini saya tak terpengaruh lagi.

Ada banyak perancangan yang ingin saya buat di bulan ini, tapi biarlah rahsia dan bila tiba masanya akan anda semua nikmati, insyaAllah...

Sampai sini dahulu, jumpa lagi di lain hari.
Wassalam...


Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League