Saturday, March 19, 2011

Raja Lawak 5: Selesai sudah

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم



Man

Semalam terlerai sudah teka-taki siapa juara Raja Lawak yang ke lima. Man telah ditabalkan sebagai Raja Lawak yang kelima setelah bersaing dengan kumpulan R2 dan kumpulan Balas di gelanggang akhir Raja Lawak dengan penuh bergaya. Hamba pun teringinlah nak buat sedikit kritikan atau ulasan tentang semalam. Sila klik "Read More"

Malam semalam ada dua pusingan. Pusingan pertama bertemakan "Bebas". Dan pusingan kedua bertemakan "Musical Comedy". Mari kita kupas satu persatu.



Dari Kiri: R2, Man, Balas

Gambar diambil dari murai.com.my


Hamba akan beri ranking bagi setiap pusingan di hujung setiap ulasan.

Pusingan Pertama: Bebas
Pusingan Kedua: Musical Comedy

Balas

Balas boleh dikatakan paling kurang bernasib baik kerana mendapat giliran pertama di tempat yang besar dan baru (Shah Alam Convention Center). Fendi(yang kurus, betul kan?) jelas kelihatan gemuruh dalam penyampaiannya, sebutannya tak berapa jelaslah senang cerita. Tak seperti semasa di gelanggan di FINAS. Hamba memang bukan peminat kumpulan Balas, tetapi hamba rasakan ada persembahan yang lebih meyakinkan daripada kumpulan Balas pada minggu-minggu sebelum ni. Sama juga dipusingan kedua, masih nampak gemuruhnya Fendi.

Pusingan Pertama: 3
Pusingan Kedua: 3

R2

R2 mendapat giliran kedua dalam gelanggang akhir ini. R2 menunjukkan konsistensi mereka atas gelanggang, mereka melakukan sepertimana apa yang mereka biasa lakukan pada minggu-minggu sebelumnya. Iaitu membuat orang ketawa terbahak-bahak. Meraka hamba rasa sangat selesa meskipun berdiri di tempat yang lebih besar dan Penonton yang sangat ramai. Pusingan kedua, kelihatannya seperti mereka cuba menonjolkan Ridhzuan dan sedikit menenggelamkan Rahim yang selalu bertindak sebagai "Boke" dalam satu persembahan.(Rujuk "Manzai" dalam wikipedia apa itu "Boke" dan "Tsukkomi").

Pusingan Pertama: 1
Pusingan Kedua: 2

Man

Man boleh dibanggakan kerana dia berusaha untuk mencapai tahap yang sekarang. Memang belum boleh dibandingkan dengan Johan dan Zizan. Tapi lihat sahaja Angah yang semasa dia di Raja lawak dia tak lawak sangat(Jujur cakap), tapi lihatlah sekarang, dia menjadi top 5 pencalonan Anugerah Bintang Popular sekarang kerana dia belajar dari pengalaman. Memang boleh dikatakan dia memang berjaya ketika ini. Meskipun diakui popularitinya belum setanding Johan dan Zizan. Kalau Man boleh "keep up" dan terus belajar, tak mustahil dia boleh pergi jauh. Dia bukan sahaja boleh buat "stand-up comedy", malah dia juga boleh berpasangan/berkumpulan dalam persembahannya. Walaupun belum begitu bagus. Berbeza dangan Nazmi, yang hamba paling minat "stand-up comedy"nya namun bila dipasangkan dengan Farouk Hussien, hancur persembahannya. Kerana melawak dalam kumpulan perlu tolak ansur dan kena ada "feeder" dan "killer"nya. Bila dia buat persembahan dengan Farouk Hussien, tak ada bezanya dengan dia buat secara sendiri. Berbalik kepada Man, pusingan pertama, no comment kerana tak ada kelemahan dan kelebihan dalam persembahannya. Just nice. Pusingan kedua, dia berjaya menebus kesilapannya semasa minggu "musical comedy" sebelum ini. Senang cerita memang baguslah.

Pusingan Pertama: 2
Pusingan Kedua: 1

Kesimpulan

Memang hamba rasa Man layak menang, tapi hamba berbelah bahagi dengan kumpulan R2, kerana di Malaysia ini tak ada banyak program "stand-up comedy" seperti di USA ada "Saturday Night Live" dan sebagainya yang hamba tak tahu. Jadi hamba takut Man akan tenggelam berbanding dengan R2 yang hamba rasa mereka boleh berlakon cerita komedi dengan baik. Kerana mereka sentiasa berinteraksi sesama mereka dalam persembahan dan itu jugalah diperlukan dalam sesebuah lakonan(hamba rasalah).

Bagaimanapun, all the best kepada Man dan berharap Man dapat terus improve dalam industri lawak ini. Hamba memang suka komedi.

Sampai sini sahaja, hamba jumpa di lain kali.


p/s: gambar dan sumber dari Murai.com.my
pp/s: klik gambar diatas dan anda akan dibawa ke artikel sebenar di Murai.com.my Baca lagi>>

Friday, March 18, 2011

GUILTY




GUILTY... is what I feel right now.

I know I should wrote or fill something in this blog since this is the concept of this blog. I loved to write and share my thought. But, I have a problem with myself because I think that I'm an "abandon"-type person. I always eager to do something but in the end, the thing that I was eager to do going to abandon. I hope you all will pray for me to get back my passion to write or do something to this blog. And I'll promise to work on my fingers to "dance" on this keyboard. I feel GUILTY for the viewer of this blog. You all being so lovely although perhaps you come here on other "purpose". I have a lot things to share but here is 0243 in the morning (of course) and I shouldn't awake at this time. So I will see you later.

p/s: I'm afraid I'm gonna lose follower, official or not official. I just hope that this blog will getting better and better after this.
pp/s: I also feel GUILTY on my InfiniteSane Subbing Channel. I'll work on that once my cloud in my head cleared up.

Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League