Monday, September 13, 2010

101...Selamat Hari Raya...

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Pertama-tamanya sekali, hamba ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin.
101...Apakah maksud di sebalik itu? Dalam boolean logic, keputusan yang diperoleh adalah hanya 2 keputusan sahaja, 1 (Betul@True@On) atau 0 (Salah@False@Off), tapi dalam Fuzzy logic, keputusan adalah berdasarkan darjah(degree) dari graf. MAKANYA, 1 ialah "on" 0 ialah "off" dan 1 semula ialah "on". Maksudnya, blog ni dah on la balik, sebab blog ini berehat semasa bulan Ramadhan. Lagipun, ini adalah entri ke 101. Cantik la tu...

Sempena hari raya ini, ada sesuatu yang ingin hamba kongsikan, ini bukannya laporan beraya hamba, hanya entri pendek untuk hamba kongsikan di sini, lihat video ini...




Video ini bertajuk "Johan Raja Lawak - 1 Syawal" dan hamba sendiri yang memuat naik ke youtube. Ia dari cerita "Nak balik raya". Anda boleh download di jiwang di sini. Hamba potong bahagian terakhir cerita itu dan memuat naiknya di youtube. Hamba juga buat versi mp3 dan anda boleh memuat turun di sini.

Sampai di sini sahaja entri ini, akan hamba sambung tentang laporan raya hamba di entri seterusnya, wassalam...

p/s: InfiniteSane Subbing akan kembali...

Baca lagi>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malaysia Super League